Rabu, 02 Agustus 2017

Video: PRU14 Oktober ini adalah info palsu, ini penjelasan SPR

BotMalay
Video: PRU14 Oktober ini adalah info palsu, ini penjelasan SPR

Video: PRU14 Oktober ini adalah info palsu, ini penjelasan SPR

Putrajaya – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini menafikan dakwaan kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 akan diadakan pada Oktober ini.

SPR dalam satu kenyataan berkata video yang tular di media sosial dan memaparkan kenyataan bahawa PRU14 akan berlangsung pada Oktober ini hanyalah latihan simulasi kakitangan SPR.

SPR telah mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak semalam.

Faktanya, video yang tular itu adalah latihan simulasi oleh kakitangan SPR,” kata kenyataan tersebut.

Sebelum ini, video simulasi itu viral sehingga menimbulkan salah faham bahawa PRU14 akan berlangsung pada 11 Oktober dan 13 Oktober ini.

SPR juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan reputasi suruhanjaya tersebut.

Dalam pada itu, Pengurusan Tertinggi SPR akan menimbang untuk membuat laporan polis terhadap pihak yang menyebar fitnah dalam media sosial agar tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Utusan Online

Via: SK

Loading...

11 Pesanan Profesor Muhaya Kepada Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak. Wajib Baca Ni!

BotMalay

Anak-anak ibarat kain putih yang suci dan bersih tanpa sebarang kotoran. Justeru, ibu bapalah yang berperanan dalam mencorakkannya. Mereka juga merupakan anugerah dan amanah Allah SWT yang tidak ternilai kepada setiap pasangan yang bergelar ibu bapa.

Dalam hal mendidik anak-anak misalnya, ibu bapa harus memainkan peranan penting. Mereka tidak boleh melakukannya sendiri sebaliknya memerlukan panduan terutama daripada orang tua. Berikut beberapa pesanan daripada pakar motivasi terkenal Profesor Dr. Muhaya dalam mendidik anak-anak, ini boleh dijadikan panduan bersama.

1. Kirimkan bacaan Al Fatihah

Jika tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan” mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat.

Habiskan bacaan surah Al Fatihah, doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Doa & pandang wajah anak

Pandang wajah anak semasa dia tidur dan ucapkan bahawa, “ibu hendak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan sewaktu anak tidur kerana waktu ini kita sedang bercakap dengan rohnya. Setiap ucapan ini adalah doa dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3.Solat hajat di sisi anak

Ketika bangun solat malam, solatlah hajat di sisi anak. Solat dalam bilik anak, dekat dengannya. Jika kita selalu melakukannya dan selalu memberitahu anak yang kita sering mendoakannya, dia akan merasai satu ikatan kasih sayang hakiki yang kita amat sayangkan dirinya serta mahu dia menjadi anak soleh.

4. Minta dikasihani

Ucapkan setiap masa bahawa kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak menjadi anak yang soleh bermakna dia tak sayangkan  ibu bapanya dan tentunya kita akan merana di alam barzah nanti.

5. Peluk dan cium anak selalu

Selalu peluk anak walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita menatangnya semasa kecil. Peluk dan cium sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak

Maafkan anak  setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati. Muhasabbah diri, mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.

7. Jaga tutur kata & minta Maaf

Jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ini berlaku kerana tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk minta maaf pada anak. Mengakulah itu kelemahan kita tapi kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.

8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim

Supaya kita, anak dan zuriat termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9.Tekankan kemuliaan peribadi

Selalu ingatkan anak bahawa tidak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta menghafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak memandang wajah yang cantik tapi memandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia pun tak suka.

10. Berdoa ketika membasuh beras

Sewaktu membasuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya.” Kenapa anak perlu faham agama? Kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibu bapanya juga ke neraka.

Basuh beras lawan jam ( seperti bertawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W.  Sewaktu melakukannya kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah selalu.

11. Ucap kata-kata positif

Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi kata-kata positif kepada anak. Apabila memarahi anak-anak, jangan sesekali mengeluarkan kata-kata negatif. Tindakan ini membuatkan anak jadi seperti yang kita ucapkan.

sumber: keluarga.my

TPM mangsa keganasan politik kebencian melampau - Syed Ali

BotMalay
KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung nama 'kutty' yang mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan bermaksud satu penghinaan terhadap bekas Perdana Menteri.

Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan, kenyataan Zahid membawa maksud bahawa parti itu menerima sesiapa sahaja asalkan bumiputera Melayu, walaupun berbeza susur galur keturunan.

Malah, katanya, kenyataan tersebut juga memberi gambaran jelas bahawa pemimpin UMNO walaupun bukan berdarah Melayu, berpeluang memegang jawatan penting dalam parti termasuk jawatan Perdana Menteri sepertimana pernah disandang Dr Mahathir sendiri.

"Malangnya kenyataan Zahid telah disalah erti oleh pihak berkepentingan dan ditularkan di media sosial seolah-olah beliau menghina Dr Mahathir kerana berketurunan India (Keralla) dengan panggilan 'kutty'.

"Jika diamati dan difahami maksud yang tersirat di sebalik kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu ternyata tidak membawa sebarang maksud dan pengertian negatif atau berupa penghinaan terhadap Dr Mahathir.

"Dalam hal ini, masyarakat sewajarnya melihat secara positif dan tidak mudah terbawa-bawa dengan sentimen politik kebencian yang disemarakkan oleh parti pembangkang," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

BACA: Pemimpin UMNO jangan emosi tangani provokasi pembangkang - Syed Ali

BACA: UMNO tidak main politik menakut-nakutkan rakyat - Najib

Tegas Syed Ali, Zahid tidak menghina Dr Mahathir kerana hanya menyebut keturunan kutty daripada Keralla.

Tambah beliau, kenyataan Zahid secara terbuka di depan khalayak UMNO itu tidak menjuruskan kepada penghinaan atau mempertikaikan kewibawaan Dr Mahathir walaupun berketurunan India selaku bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

"Lagipun, pemimpin dan ahli-ahli UMNO diwakili oleh pelbagai kelompok masyarakat dan latar belakang keturunan berbeza tetapi matlamat perjuangan adalah untuk kepentingan agama Islam, orang Melayu dan negara.

"Saya sendiri berketurunan Arab, nenek moyang saya darah Arab, tetapi saya lahir di sini dan saya bersama UMNO, saya berjuang untuk membela rakyat terutama orang Melayu," tegasnya.

Justeru, kata beliau, tidak timbul asal usul keturunan dalam UMNO dan ia bukan satu isu yang perlu dipersoalkan, malah apa yang disuarakan Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, tidak membawa sebarang maksud jahat.

"Oleh sebab itu, saya tidak nampak di mana kesalahan Zahid apabila menyebut kutty yang mengaitkannya dengan Dr Mahathir," ujarnya.

Kata Syed Ali lagi, pembangkang sengaja memutarbelitkan kenyataan Zahid bagi membangkitkan kemarahan Dr Mahathir.

"Pembangkang seronok apabila Dr Mahathir mula bertindak balas dan menyerang Zahid serta UMNO, dan inilah yang telah berlaku bila sesama pemimpin Melayu bertelagah," tegasnya.

Beliau menyifatkan Zahid yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO sebagai menjadi mangsa keganasan politik kebencian melampau yang dilakukan pembangkang dan pihak berkepentingan.

Sultan Johor sumbang RM4 juta kepada FAM

BotMalay

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan untuk menyumbang sejumlah RM4 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sultan Johor sumbang RM4 juta kepada FAM

Sultan Johor sumbang RM4 juta kepada FAM

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan hari ini, sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada pemberian bonus kepada pasukan kebangsaan Bawah 22 (B-22) yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) 2018 di China.

“Kurniaan ini juga dapat membantu FAM dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan itu.

Skuad B-22 negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee beraksi cemerlang di pusingan kelayakan yang berlangsung di Bangkok, Thailand Julai lepas apabila muncul juara Kumpulan H dengan mengutip enam mata. – Bernama

Sumber: Sinar

Loading...

Nama saya Manja, ibu saya Molek dan adik Onn

BotMalay

Sejak kecil sudah terbiasa dengan nama-nama unik menyebabkan Manja Pa, 54, tidak pernah bertanyakan kepada ibu bapanya kenapa memilih nama itu untuk diberikan kepada seorang anak lelaki.

Nama saya Manja, ibu saya Molek dan adik Onn

Nama saya Manja, ibu saya Molek dan adik Onn

Pesara tentera berusia 54 tahun itu bagaimanapun mengakui serasi dengan nama diberikan kerana sejak kecil Manja lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Itam’ oleh ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan.

“Apabila menginjak remaja atau sejak kanak-kanak lagi, tak pernah pula rasa malu atau marah sebab memang tidak ada rasa apa-apa pun, tambahan pula ahli keluarga lain pun ramai yang namanya unik,” katanya, ketika ditemui, di rumahnya di Amanjaya.

Menurut anak kelahiran Langkawi ini, ayahnya yang juga pesara tentera bernama Pa Nayan berketurunan Jawa manakala ibunya, Molek Saad berketurunan Siam.

“Nenek saya, iaitu mak kepada ayah pula bernama Mone, jadi kami 15 beradik tidak pernah rasa pelik dengan nama yang di luar kebiasaan. Abang saya namanya Kelana dan berkahwin dengan isterinya yang bernama Dara. Kakak sulung juga mempunyai nama yang ringkas iaitu Laila,” katanya.

Manja berkata, nama lain yang dianggap unik adalah adiknya, iaitu Che Senu dan Oon, dan selepas itu kesemua adik-adik diberikan nama biasa.

“Walaupun keluarga saya ramai yang namanya unik, bagi anak-anak saya pula semuanya nama biasa saja, yang sulung Mohd Syazwan (32), Mohd Syazmil (29), Noor Syazmira (27) dan Mohd Syazril (24),” kata suami kepada Ros Rohana Mohamad ini.

Manja berkata, tidak ramai yang mengetahui nama asalnya kerana asyik dipanggil dengan gelaran Pak Itam.

“Sejak kecil saya suka teman mak pergi menoreh, kadang-kadang saya ditinggalkan dengan pengasuh di estet India dan banyak bergaul dengan rakan-rakan kaum itu.  Arwah mak yang mula bagi gelaran tu sebab saya saja anak Melayu yang bermain dengan mereka, panggilan tu kekal sampai sekarang,” katanya.

Menurutnya, ketika zaman sekolah pun, dia dipanggil Pak Itam dan hanya guru yang memanggil nama penuhnya.

“Mungkin kami tinggal di kampung, nama macam tu biasa saja, tak ada kawan-kawan perli atau buat lawak dengan nama saya tu, cuma ketika mula mengenali isteri, saya agak bimbang jika ditolak sebab nama saya mungkin buatkan dia malu,” katanya.

Manja berkata, dia masih ingat gelagat isterinya yang pada mulanya tidak percaya dan ingatkan itu sekadar gurauan.

“Isteri periksa nama saya dengan kawan baik saya untuk sahihkan, dan selepas itu dia terima macam biasa. Dia panggil saya abang saja,” katanya.

Menceritakan antara kenangan manis bersama rakan ketika menganggotai pasukan payung terjun, katanya, ada juga rakan yang mengusik namun dia tidak pernah mengambil hati kerana tahu niat rakannya yang hanya mahu bergurau.

“Ketika kami adakan latihan kawad atau buat persediaan terjun dari pesawat, adalah rakan yang usik, ‘nama kau ni saja Manja, tapi muka tak manja pula, watak pun tak manja’, … “ itu antara usikan yang biasa saya dapat,” katanya, yang pernah membuat persembahan payung terjun pada pertunjukan sulung Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima).

Selepas bersara awal, pelbagai pekerjaan dilakukan Manja dan terkini, menyertai perniagaan multi level produk kesihatan dan kecantikan, Firmax3 bersama anaknya, Mohd Syazmil.

“Nasihat saya kepada pemilik nama unik, tak usah malu sebab itulah keunikan kita. Anggap sahaja ia sekadar nama, kerana ia tidak mempengaruhi perwatakan kita asalkan kita miliki jati diri yang kukuh,” katanya yang berbangga diberi nama Manja. -Sinar Harian

Sumber: Mstar

Loading...

“Masih berselimut, dalam poket ada rokok” – Mufti Perlis tegur asnaf pemalas

BotMalay

Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur sikap segelintir asnaf di negeri ini yang malas dan enggan bekerja untuk mengubah kehidupan mereka.

"Masih berselimut, dalam poket ada rokok" - Mufti Perlis tegur asnaf pemalas

“Masih berselimut, dalam poket ada rokok” – Mufti Perlis tegur asnaf pemalas

Katanya beliau sering menyertai program Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengayuh basikal mencari asnaf di kampung-kampung untuk diberi bantuan dan dengan cara itu dapat melihat sendiri cara hidup mereka.

“Semasa rombongan Raja Muda sampai di rumah mereka, saya dapati ada asnaf masih berkain selimut sedangkan orang lain sudah lama keluar bekerja mencari rezeki,” kata Mohd Asri dalam kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini, malam Selasa.

Mohd Asri berkata dalam kunjungan itu juga kebanyakan asnaf mengadu tiada wang untuk membeli keperluan dapur termasuk beras.

“Yang saya kesal ialah semasa menerima sumbangan daripada Raja Muda, ada antara asnaf mempunyai kotak rokok dalam poket baju.

“Kalau mampu beli sekotak rokok bernilai RM15 atau RM17 tetapi tidak boleh membeli sekampit kecil beras hanya berharga RM13, mereka tidak layak dikategorikan sebagai asnaf,” tambahnya.

Mohd Asri berharap asnaf-asnaf di Perlis segera mengubah sikap dan berusaha keras meningkatkan taraf hidup mereka sekeluarga dengan melakukan apa sahaja pekerjaan yang memberi hasil. -Bernama

Sumber: Mstar

Loading...

77 Petani Terjejas El Nino Di Kota Marudu Terima Bantuan

BotMalay

KOTA MARUDU – Seramai 77 petani yang tanaman mereka kian pulih daripada kesan fenomena El Nino tahun lepas menerima bantuan kewangan daripada kerajaan hari ini.

Bantuan bernilai RM500 setiap seorang itu bertujuan membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan berikutan kemarau berpanjangan pada 2016.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili ketika menyampaikan bantuan itu di sini berkata kerajaan akan terus memberikan bantuan bagi meringankan beban rakyat.

“Selain bantuan khusus untuk para petani, kerajaan juga menyalurkan bantuan kewangan menerusi skim seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, bantuan persekolahan, rakyat yang berkeperluan khas, ibu bapa tunggal, warga tua serta mereka yang terjejas akibat bencana alam,” katanya.

Ongkili yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan kewangan itu di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) cawangan Kota Marudu di sini yang turut dihadiri Pegawai Daerah Kota Marudu Arnold Joibi dan Pengerusi LPP cawangan Kota Marudu Datuk George Sangkin.

Beliau berkata usaha juga dilakukan oleh kerajaan untuk menyediakan insentif di bawah pelbagai skim bagi membantu petani meningkatkan hasil pertanian.

“Hasil yang lebih banyak akan membantu petani meningkatkan taraf hidup mereka. Kita tidak harus malu bekerja di ladang sebagai usahawan moden. Ini sebenarnya satu pekerjaan yang mulia,” katanya.

Pada perkembangan lain, Ongkili memperuntukkan RM10,000 bagi menganjurkan tamu besar atau pasar berasaskan pertanian selama dua hari di sini.

“Menerusi program itu, petani akan dapat memperoleh pendapatan tambahan dengan menjual produk mereka di pasaran terbuka,” katanya. – BERNAMA

Loading...

Bagaimana Orang Jepun Ucap Terima Kasih Ketika Memandu,Jom Kita Tiru Cara Mereka

BotMalay

Statistik kemalangan jalanraya di Malaysia amat membimbangkan,kebanyakkannya berpunca dari kecuaian atau sikap pemandu itu sendiri. sikap panas baran, tidak bertolak ansur, pendek kata tidak beradab ketika memandu.
Pemanduan yang berhemat bukan sahaja boleh mengelakkan daripada berlakunya insiden kemalangan yang sudah pasti menghancurkan harta benda dan perasaan sesiapa sahaja yang terlibat. Kalau bukan silapnya datang daripada kita dan tak ada kemalangan jiwa, kira oklah sikit tapi bayangkan jika kita yang bersalah dan mangsa pula nak jugak bawa kes ke mahkamah? Dah pening nak naik turun balai dan masuk mahkamah - Leceh!

Jom Kita lihat cara pemandu jepun ucap terima kasih


Bagaimana Hendak Berterima Kasih Diatas Jalan
Dengan hanya memberikan signal isyarat kecemasan sebanyak 2-3 kali, cukup untuk memberitahu kepada pemandu yang telah memberikan laluan kepada kita "Terima Kasih".
Cara ini cukup berkesan dan sesuai dipraktikkan oleh semua dan saya sendiri rasa kita di Malaysia juga patut mula menggunakan cara sebegini.

Kebiasaannya, nak tukar laluan pun kita tak bagi isyarat - main langgar je, betul tak? Nah, itu sedikit sebanyak menyumbang kepada risiko kemalangan jalan raya.
Alangkah amannya jalan raya jika kita semua mempunyai persefahaman yang serupa seperti pemandu di Jepun dalam video di atasi tu tadi.
Tidak Dinafikan ada segelintir pemandu malaysia sudah mengamalkan konsep "terima kasih" ini, tapi masih ramai dikalangan pemandu di malaysia masih belum faham makna "double signal" tersebut, malah ada yang salah sangka.


Mungkin kita semua boleh beri cadangan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk memasukkan prosedur ini kedalam ujian-ujian memandu dan mula memperkenalkan sistem ini secara meluas, untuk kebaikan semua.

Tapi apa yang seeloknya kita buat sekarang ialah, setiap kali kita telah diberikan laluan oleh pemandu lain, kita buat sahaja seperti dalam video tu, lama-kelamaan mungkin pemandu lain akan mula perasan dengan maksud 'double-signal' ini. Kalau gosip artis dan cerita politik tempatan boleh kita sebarkan dengan meluas, kenapa perkara elok sebegini kita tidak mahu uar-uarkan?

Kongsikan cara mengucapkan "Terima Kasih" ini kelaman media sosial atau dimana sahaja yang ingin anda kongsikan, dengan harapan keseluruhan rakyat Malaysia akan mula mengamalkan sifat bersopan-santun diatas jalan raya.

6 Trend Lelaki Muda Berbelanja Dan Beberapa Panduan Menarik Untuk Bijak Berbelanja

BotMalay

Sifat suka membeli-belah ternyata satu perkara yang subjektif dan tidak boleh dilabelkan sama ada positif mahupun negatif. Memandangkan sifat semula jadi antara lelaki dan wanita berbeza, tabiat membeli-belah mereka juga berlainan.

Ia bergantung kepada budaya, tempat tinggal, peringkat umur dan minat terhadap aktiviti membeli-belah itu sendiri.Tanpa kita sedari, sebenarnya lelaki juga mempunyai tabiat berbelanja tersendiri biarpun mereka kurang menunjukkan sikap suka membeli-belah depan pasangan.

Terdapat beberapa trend lelaki masa kini berbelanja terutama generasi muda.

Antaranya:


#1
Mahal. Ramai antara kita tidak menyedari sebenarnya barangan lelaki jauh lebih mahal daripada wanita. Biarpun jika dilihat baju mereka mempunyai rekaan, warna atau potongan yang sama, ia lebih mahal daripada koleksi dimiliki wanita.

Selain itu, barangan penjagaan lelaki juga dikatakan lebih mahal daripada wanita. Justeru, tidak hairanlah lelaki mengeluarkan belanja yang besar untuk perbelanjaan mereka.

#2
Pilihan terhad. Rangkaian pilihan pakaian atau barangan lelaki sangat terhad dan tidak serancak wanita. Justeru, mereka tiada pilihan lain untuk membeli barangan yang digemari biarpun harga yang mahal disebabkan tidak mempunyai pilihan yang banyak.

Lelaki mempunyai kriteria tertentu ketika membeli barang. Misalnya, mereka mencari barangan yang selesa, berkualiti dan tahan lama.

Justeru, barangan lelaki berharga lebih tinggi berbanding produk untuk wanita. Berdasarkan kriteria ini jugalah lelaki tidak kerap membeli-belah berbanding wanita.

Namun, bukan semua lelaki sama dan ada juga yang menjadikan aktiviti membeli-belah sebagai hobi waktu lapang biarpun peratusannya sangat kecil.


#3
Kurang menarik. Disebabkan barangan lelaki seperti pakaian kurang menarik menyebabkan mereka tidak suka membeli. Namun, sikap suka membeli beralih arah kepada gajet terkini seperti telefon bimbit, permainan video dan lebih ketara ialah kereta.

#4
Perancangan. Merancang pembelian semasa membeli antara langkah bijak bagi mengelakkan pembaziran. Ini dapat dilihat bagi sesetengah lelaki yang lebih gemar merancang barangan ingin dibeli terlebih dulu sebelum berkunjung ke butik ataupun kedai.

Ini menjadikan mereka lebih fokus ketika membeli-belah dan disebabkan itu masa yang diperuntukkan untuk membeli juga tidak terlalu lama.

Kajian terkini yang ditulis di laman mashable.com mendapati lebih 37 peratus pembeli lelaki menyemak laman sosial media ataupun Internet terlebih dulu bagi mendapatkan maklumat harga dan yang berkaitan sebelum membeli.


#5
Ego ketika membeli-belah. Lelaki memang terkenal dengan sifat ego mereka dan akan menguasai diri dalam setiap aspek. Ketika membeli-belah, kurang daripada mereka akan terpedaya dengan kelebihan produk yang diperkenalkan oleh jurujual sebaliknya lebih senang untuk terus beredar pergi.

#6
Tidak cerewet memilih barang kerana mereka mempunyai tujuan pembelian produk yang diinginkan. Kebiasaannya, barangan yang dibeli perlu tahan lama biarpun harganya lebih mahal.

Setiap orang mempunyai sebab tersendiri ke atas sesuatu pembelian barangan sama ada keperluan atau kehendak. Justeru, sentiasalah mementingkan keperluan daripada kehendak agar barangan yang dibeli memberi manfaat kepada diri dan insan tersayang.

Beberapa panduan menarik untuk bijak berbelanja.


1.Jangan mudah terpengaruh dengan iklan dan maklumat yang keliru.

2. Elakan penggunaan kad kedit kerana anda akan cenderung untuk berbelanja lebih dan bersikap boros. Sebaiknya, bawalah wang tunai yang cukup ketika membeli.

3. Beli barangan secara pukal kerana ia lebih murah berbanding dalam kuantiti yang sedikit.

4. Buatlah belanjawan sebelum membeli-belah.

5. Bandingkan antara keperluan ataupun kehendak. Keperluan harus didahulukan berbanding kehendak.

6. Berjimat cermat amalan mulia, bertabunglah walaupun 10 sen.

7. Ketika membeli-belah di pasar raya, pilihlah bakul berbanding troli untuk mengisi barang kerana hal ini akan membantu anda untuk bersederhana ketika berbelanja.

8. Lihat katalog barangan sebelum membeli-belah. Beli barangan yang ada promosi kerana ia akan membantu kita untuk berjimat.

9. Jangan terpedaya dengan peraduan gores dan menang. Pengguna yang bijak perlu bertindak secara rasional.

10. Masak di rumah lebih jimat berbanding makan di luar.

11. Gunakan beg kitar semula semasa membeli-belah. Penggunaan beg plastik mencemarkan alam sekitar.

12. Pastikan logo halal pada barangan adalah yang dikeluarkan oleh Jakim. Jangan mudah tertipu dengan logo halal palsu.

13. Beli barangan buatan Malaysia.

14. Semak resit pembelian dan jumlah barangan yang dibeli selepas selesai membuat bayaran.

15. Beli makanan yang mengandungi nutrisi tinggi dan elakan makanan ringan.

16. Pilih buah-buahan tempatan kerana terdapat pelbagai pilihan mengikut musim.

17. Sentiasa membuat perbandingan harga barangan dengan kualiti serta kuantitinya.

18. Jangan mudah terpedaya dengan barangan berserta promosi hadiah. Kadangkala harga barangan tanpa hadiah lebih murah dan berbaloi.

19. Periksa keadaan barang sebelum membeli. Lihat keadaan fizikalnya dan periksa kuantiti supaya cukup seperti maklumat dalam label.

Periksa juga tarikh luput barangan yang ingin dibeli.

20. Jika membeli-belah secara dalam talian, pastikan kesahihan pembekal dan berhati-hati apabila melakukan transaksi wang.

21. Jika melakukan transaksi wang dalam talian, pastikan kata laluan sentiasa dilindungi untuk mengelak sistem digodam.

22. Pastikan label harga tertera pada barangan.

23. Jangan mudah tertipu dengan jualan murah. Bandingkan harga sebelum dan selepas membeli.

24. Dapatkan bantuan jurujual jika perlukan maklumat tambahan mengenai barangan yang hendak dibeli.

Filipina Masih Berminat Anjur Sukan SEA 2019

BotMalay

KUALA LUMPUR – Filipina masih berminat menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-30 pada 2019 walaupun laporan berita baru-baru ini mendakwa ia tidak akan diadakan di negara itu susulan situasi bergolak di  Mindanao, wilayah selatannya.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo berkata Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC) memaklumkan mereka masih mengadakan rundingan dengan kerajaan mereka bagi membolehkan temasya sukan itu diadakan pada 2019 selepas kali terakhir Filipina menjadi tuan rumah pada 2005.

“Secara lisan, POC menyatakan mereka masih berminat untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA (2019) tetapi mereka pohon masa untuk berbincang dengan kerajaan mereka.

“Kami perlu faham kerana kerajaan mereka kini memberi tumpuan kepada keadaan bergolak di bandar Marawi (Mindanao) tapi mereka ada masa lagi malahan kami belum lagi menerima notis rasmi penarikan diri daripada mereka,” katanya.

Beng Choo berkata demikian pada Bernama selepas menjadi tetamu program ‘The Nation’ yang dihoskan pengacara Zaini Yuhyi di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan senarai akhir atlet negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan diumumkan selepas mesyuarat pendaftaran delegasi negara pada 10 Ogos ini.

Beliau turut mengesahkan Malaysia akan mengambil bahagian dalam 397 daripada 404 acara yang dipertandingkan kerana MOM berpandangan sesetengah atlet negara masih belum bersedia sepenuhnya untuk menyertai Sukan SEA kali ini.

Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa Malaysia akan menghantar kontinjen terbesar dengan 874 atlet manakala juara bertahan Sukan SEA, Thailand akan  menghantar  858 atlet.

Dalam perkembangan sama, Beng Choo mengesahkan pembawa Jalur Gemilang dan juga pembawa obor terakhir yang akan menyalakan kawah pada upacara perasmian Sukan SEA 2017, dijangka diumumkan selepas berakhirnya kem latihan pusat fasa akhir kontinjen negara di Hotel Renaissance Kuala Lumpur pada 4-10 Ogos ini.

“Kita telah membuat senarai pendek tetapi beberapa faktor lain turut dipertimbangkan sebelum kita menamakan pembawa bendera Jalur Gemilang dan juga pembawa obor yang akan menyalakan kawah pada hari perasmian Sukan SEA nanti,” kata Beng Choo.

Acara Sukan SEA 2017 dijadualkan bermula pada 14 Ogos ini dengan upacara perasmian pada 19 Ogos manakala penutup pada 30 Ogos. – BERNAMA

Loading...

5 Perkara Tentang Rezeki Yang Kita Terlupa, Bukan Duit Semata

BotMalay

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil. Rasa cemburu apabila lihat orang lain dikurniakan ramai anak, gaji tinggi dan pendapatan tambahan yang diperoleh rakan kita di tempat kerja lain dan sebagainya. Kita resah melihat rezeki orang lain lebih murah daripada kita.

Ingat ! Rezeki itu bukan semata angka yang tertera pada slip gaji atau pada jumlah duit semata-mata. Kekadang kita lupa…

🔹Dapat bos baik di tempat kerja pun rezeki…

🔹Dapat kawan-kawan sekerja yang baik pun rezeki…

🔹Dapat masyarakat sekeliling yang baik pun rezeki…

🔹Kerja tak tertekan pun rezeki…

🔹Sambil bekerja tapi banyak masa dengan famili pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya. Jom fikir luasnya rezeki.  Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki.

Kekadang..

🔸Ada orang direzekikan cantik dan tampan, tapi tak direzekikan cinta.

🔸Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.

🔸Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.

🔸Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.

🔸Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagi kan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki itu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.

Lelaki, Jangan Lepaskan Perempuan yang Ada 7 Perkara Ini

BotMalay

Nak cari wanita yang sempurnya itu adalah mustahil tetapi cukuplah tujuh ciri-ciri wanita yang boleh dikatakan bertuah sesiapa yang menjadi calon suaminya. Bukan kerana ekonomi semata-mata tetapi sifat-sifat seperti ini juga dapat menggambarkan keperibadiannya yang baik.

Bagaimanapun apa yang diketengahkan oleh penulis asal, Amir Syahir, ciri-ciri ini berdasarkan keewangan.

1. Minat Menyimpan Wang

Dia jenis yang minat menyimpan wang. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Kau nak belikan hadiah ke dia terus keluar ayat dia, “Tak payahlah lah Biey, rugi je”, “Tak payahlah lah Sayang, simpan la duit tu”. Bukan tiap kali dating, asyik perabih duit kau je suruh beli patung beruang besar.

2. Tak Apa Jika Kau Ajak Makan Kedai Biasa-biasa

Kalau kau ajak dia makan kedai biasa atau kat warung, dia tak kisah pun. Asalkan makanan sedap. Tak macam makwe lain, pakai tudung lilit, apa kelas makan kedai murah. Paling kurang pun KFC.

3. Naik Kereta Secondhand Kau Pun Dia Tak Segan

Dia jenis tak kisah pun kau pakai kereta apa. Tak malu dengan keluarga dan kawan-kawannya. Bukannya setiap hari suruh kau tukar Honda City je. Nak nampak kelas sikit.

4. Tak Minta Hadiah Mahal

Setiap kali hari jadi dia takde nak minta barang yang mahal-mahal. Contohnya macam beg tangan LV, jam tangan Rolex, make up mahal-mahal. Setiap kali dating tak minta bunga ros bagai. Nak nampak sweet kononnya.

5. Nak Buat Kenduri Kahwin Biasa-biasa Saja

Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Takde nak buat wedding of the year bagai sampai nak buat pinjaman peribadi. Hantaran pun tak letak tinggi. Ijazah untuk minta kerja, bukan untuk minta hantaran RM30K.

6. Tak Minta Nak Bercuti Sana Sini Sebelum Kahwin

Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Biarlah cipta kenangan terindah selepas kahwin.

7. Gaji Kau Sikit

Dia tak kisah pun kalau gaji kau rendah daripada dia. Takde nak berlagak. Dia terima kau seadanya. Yang penting kau jenis bertanggungjawab.

Manusia tidak sempurna. Kalau kau tengah bercinta dan pasangan kau takde ciri-ciri di atas, janganlah kau tinggalkan dia pula.

Kau bimbing dan ajar la dia supaya lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.

Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Sekarang ni duit bukan segala galanya. Tapi semua nak pakai duit.

Kredit: Amir Syahir

Oktober diumum Bulan Kesiapsiagaan Negara

BotMalay
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah bersetuju supaya Oktober tahun ini diumumkan sebagai Bulan Kesiapsiagaan Negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Katanya, langkah itu diambil bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai agar sentiasa membuat persediaan awal dalam menghadapi bencana seperti banjir yang berlaku setiap tahun.

"Kita ingin sedarkan orang ramai tentang bencana, dan dalam masa sama, kita perkenalkan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana.

"Kita akan mengecapi satu kejayaan besar apabila rakyat mampu untuk berpindah sebelum banjir berlaku," katanya pada satu sidang media di Bangunan Utama Parlimen hari ini.

Menurutnya, Bulan Kesiapsiagaan Negara itu akan dilancarkan di Sarawak pada 1 Oktober depan, selaras dengan ketetapan diputuskan mesyuarat pengurusan bencana peringkat negara hari ini.

"Pada 1 Oktober ini, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah genap dua tahun ditubuhkan," katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Pengurusan Bencana Negara dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mengakui kebanyakan mangsa banjir enggan untuk berpindah kerana bimbang kemungkinan berlaku kecurian harta benda.

"Jadi, (amaran awal) itu penting kerana kadang-kadang, masalah di peringkat bawah ialah, orang takut ada kecurian di rumah yang mereka tinggalkan.

"Jadi, kita nak pastikan tempat mereka dikawal kalau mereka pindah," kata Shahidan lagi.

Selain itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara hari ini turut membentangkan mengenai Insurans Perlindungan Bencana melalui Skim Insurans Kampungku Allianz yang dilaksanakan di Kemaman sejak 2014.

Di bawah skim itu, jumlah caruman polisi adalah sebanyak RM75 setahun dan bayaran pampasan akan dibuat dalam tempoh 72 jam.

Mesyuarat turut mengambil maklum mengenai status wabak rabies seluruh negara serta mempertimbangkan cadangan untuk mengukuhkan langkah kawalan bagi mengelakkan penularannya.

Dua beradik malang didera keluarga angkat jahanam

BotMalay

Rumah dirempuh kereta, bayi maut ditimpa runtuhan dinding

BotMalay

Tahukah Anda Barangan Kita Perlu Cuci Ikut Jadual Untuk Mengelak Kuman Dari Membiak

BotMalay

Barang-barang di dalam rumah juga perlu dibersihkan secara berkala untuk menjaga kebersihan dan mengelakkan bakteria dan kuman membiak. Jom lihat kebanyakan barang yang perlu selalu dicuci, jarang-jarang atau sekali-sekala.

1. DOMPET
Setiap minggu
Kajian menunjukkan dompet kadang-kadang membawa bersama bakteria E-coli atau bakteria tidak baik yang lain.



2. TUALA MANDI
Setiap minggu
Pastikan tuala mandi disidai diluar dan dianginkan - tuala akan berbau selepas beberapa kali digunakan.

3. BRA
Setiap tiga kali ke empat kali pakai.
Jangan sesekali memakai bra yang sama dalam masa dua hari berturutan, kerana barang elastik perlu diberi masa untuk kembali ke bentuk asal.


4. JEANS
Setiap 4 ke 5 kali dipakai
Selagi seluar jeans tidak kotor, kamu boleh memakainya beberapa kali sebelum dicuci.

5. RAMBUT
Setiap hari
Cuci rambut setiap hari akan membuang minyak-minyak yang terhasil dari kulit kepala yang akan menyebabkan rambut cepat menjadi kekeringan.

6. BANTAL
Bersihkan setiap 3 ke 6 bulan.
Kajian menunjukkan berat bantal makin lama makin bertambah disebabkan oleh hama penyebab alergi yang berkumpul dalam bantal.


7. TILAM
Bersihkan setiap 6 bulan
Kita sedang berkongsi tilam dengan hama, habuk, dan bakteria lain yang tinggal dalam tilam.

8. KARPET
Cuci setahun sekali
Jika inginkan karpet yang tahan lama, adalah penting untuk mencuci karpet dengan menggunakan khidmat profesional sekali setahun.

9. KAIN CADAR
Cuci sekali seminggu
Untuk menghilangkan habuk, hama dan peluh, adalah penting untuk mencuci kain cadar setiap minggu.



10. MESIN BASUH ATAU PENGERING
Cuci setiap bulan.
Sisa pencuci dan mineral keras dari air mungkin sedang berkumpul dan tersembunyi di tempat yang kita tidak nampak, adalah penting untuk mencuci mesin basuh dan mesin pengering.

11. OVEN
Cuci setiap tiga ke enam bulan
Semakin lama dibiarkan, semakin susah untuk mencuci sisa minyak dan kotoran di dalam oven.

12. KOMPUTER
Cuci jika diperlukan
Mengikut kajian, komputer mengumpulkan bakteria 5 kali lebih banyak dari bakteria yang ada pada tempat duduk tandas.


13. SINKI DI DAPUR
Cuci setiap hari
Sinki mempunyai tahap bakteria dan microorganisma yang kedua terbanyak di dalam rumah kamu.

14. MANGKUK TANDAS
Setiap minggu
Ia memerlukan perhatian dan cucian setiap minggu untuk menghilangkan bakteria dan kuman dalamnya, walaupun kamu tidak suka memcucinya.


15. ALMARI DARIPADA KAYU
Cuci setiap minggu
Lapkan setiap minggu menggunakan kain yang lembut untuk menghilangkan kotoran. Kemudian kilatkan ia beberapa kali dalam setahun untuk mengelakkan bahan binaannya mengering.

16. TINGKAP
Sekurang-kurangnya dua kali setahun

Gunakan span untuk mencuci dan membersihkan di bahagian dalam dan luar tingkap.

Petronas Raih Satu Lagi Blok Di Teluk Mexico

BotMalay

KUALA LUMPUR  – Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) PC Carigali Mexico Operations S.A de C.V.  memperoleh Blok 6 air cetek di Lembangan Salina Teluk Mexico.

Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, Blok 6 meliputi kawasan seluas 559 kilometer persegi dengan kedalaman air antara 30 dan 80 meter, akan dikendalikan oleh PC Carigali Mexico secara usaha sama 50:50 dengan syarikat minyak nasional Colombia, Ecopetrol.

“Saya yakin kerjasama kami dengan Ecopetrol akan menggabungkan keupayaan dan kepakaran kami bagi kerjasama yang berjaya di perairan Mexico,” kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Huluan Petronas, Datuk Anuar Taib.

Pada tahun lepas, Petronas memperoleh projek laut dalam Blok 4 dan Blok 5 melalui perkongsian usaha sama, susulan lelongan pertama oleh Mexico ke atas kawasan eksplorasi laut dalamnnya.

“Mexico sebahagian besarnya kurang diterokai dan mempunyai peluang yang besar, dan kami amat gembira untuk menambah Blok 6 dalam portfolio eksplorasi kami yang semakin berkembang di Mexico, dan menjadi antara peneraju di lembangan ini.

“Ini sejajar dengan strategi kami untuk meneroka minyak di wilayah yang kurang diterokai,” kata Naib Presiden Eksplorasi, Huluan Petronas Emeliana Rice-Oxley.

Dengan jumlah keluasan kasar 5,491 kilometer persegi di Lembangan Salina, Petronas berkata, ia akan terus merangka strategi pertumbuhan di Mexico, disokong oleh pejabat baharu di Mexico City yang akan memulakan operasi pada suku ketiga tahun ini. – BERNAMA

Loading...

Sultan Johor Sumbang RM4 Juta Kepada FAM

BotMalay

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyumbang sejumlah RM4 juta kepada persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata sumbangaan itu adalah sebahagian dari pemberian bonus kepada pasukan B-22 negara yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC tahun depan di China.

"Kurniaan ini juga dapat membantu FAM dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air secara keseluruhannya," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Skuad B-22 negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee beraksi cemerlang di pusingan kelayakan yang berlangsung di Bangkok, Thailand Julai lepas apabila muncul juara Kumpulan H dengan mengutip enam mata.

Sumber: Bernama/ Sinar Online

Fahami Kerenah Pasangan Anda Melalui 11 Fakta Menarik Perbezaan Lelaki Dan Wanita

BotMalay

Orang kata “lelaki dan wanita diciptakan berpasangan.” Dan semestinya lelaki dan perempuan itu diciptakan dengan pelbagai perbezaan kerana pada akhirnya lelaki dan perempuan ini akan hidup saling lengkap melengkapi. Sebab itu mereka boleh hidup bersama hingga akhir hayat. Kalau semua benda sama mestilah tak ceria hidup ni. Itulah salah satu hikmahnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu berbeza.

Tapi ada lagi 11 fakta menarik tentang perbezaan lelaki dan wanita yang perlu anda tahu. Mana tahu dengan senarai ini, dapat lebih memahai kerenah pasangan anda yang entah apa-apa tu.

Berikut adalah perbezaan tersebut:


#1.
Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

#2.
Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

#3.
 Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

#4.
Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

#5.
Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.


#6.
Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

#7.
Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

#8.
Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

#9.
Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem…dan macam-macam lagi.


#10.
Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

#11.
 Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis. Tapi pada perempuan, dalam dompet ada duit, kad bank, kad bisnes, kad diskaun, voucher tunai. Dalam handbag juga perlukan handphone, dan charger!

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.

Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

sumber: fitrihadiblog

Bayi lelaki maut lepas lemas muka tersembam bantal dalam buaian

BotMalay

Lain Macam! Lihat Transformasi Pandelela Rinong Untuk Muka Hadapan Majalah Malaysia Tatler

BotMalay
2 Ogos 2017. 8.21 PM

5

Gaya Hidup
Lain Macam! Lihat Transformasi Pandelela Rinong Untuk Muka Hadapan Majalah Malaysia Tatler
Biasa kita melihat imej ratu terjun negara, Pandelela Rinong dalam sut mandi dan beraksi di kolam renang.

Namun, majalah terkenal Malaysia Tatler telah menukarkan gaya dan wajah Pandelela untuk menghiasi sampul hadapan majalah tersebut untuk edisi Ogos.

Pandelela disarungkan busana daripada pereka antarabangsa antaranya Burberry, Gucci, Fendi, Bally, Michael Kors serta dipakaikan aksesori Tory Burch dan Corum.

Manakala, sentuhan Cat Yong untuk solekan dan CKay Liow untuk tatagaya rambutnya menjadikan gadis berusia 24 tahun itu persis gaya supermodel.

Dalam edisi terbaharu majalah berbahasa Inggeris itu, Pandelela bercerita mengenai permulaan langkahnya menjadi atlet dan saat bungkam ketika berjauhan daripada keluarganya.
 


Sempena Sukan Sea 2017, Pandelela bakal bersaing untuk acara terjun.

Terdahulu, Pandelela pernah mengharumkan nama negara menjadi atlet wanita sulung yang menjuarai medal dalam sukan Olimpik tahun 2012 di London untuk acara 10 meter platform individu.

Pada Olimpik tahun 2016 di Rio pula, Pandelela bersama Cheong Jun Hoong telah memenangi pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama.

Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk Temasya Sukan Sea 2017 yang bakal berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos nanti.

Jom lihat foto-foto Pandelela yang pasti buat anda terkesima!







Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: Malaysia Tatler

Four-month-old boy dies in baby cradle at home

BotMalay
GEORGE TOWN: A four-month-old baby boy died believed to be due to suffocation while sleeping in his family home in Teluk Kumbar, Bayan Lepas, today.

The baby’s mother Melati Mohammad @ Ahmad, 32, realised something was amiss with her baby upon returning from work at a factory at about 7.30am Wednesday.

She was surprised to see Faris Rayyan Qhumainy Faizul lying prone inside the baby cradle unconscious and pale.

According to Melati, her husband Faizul Firdaus was at home looking after Faris Rayyan Qhumainy at that time.

Melati and Faizul then brought the baby to the Balik Pulau Hospital.

The doctor however confirmed that Faris Rayyan Qhumainy had died.

Melati when met at the Penang Hospital’s Forensic Medical Department said her son had only learned to roll and lie prone a few days ago.

She added that the remains of their youngest son will be buried at the Masjid Sungai Batu Muslim Cemetery in Teluk Kumbar after post-mortem.

Meanwhile, Barat Daya District Police Chief, Supt A Anbalagan confirmed the incident.

20 Gambar Makanan Yang “Fail”, Mengecewakan Dan Mungkin Lucu

BotMalay

Mendapatkan makanan yang sedap dan menarik dari segi rupa serta rasa selalunya menjadi sesuatu yang dicari untuk mendapatkan kepuasan menikmati makanan tersebut. Tetapi apabila sesuatu makanan itu tidak menepati citarasa kita adalah lebih teruk daripada perut kosong.

Kita bukan bercerita berkenaan bungkusan makanan ringan yang hanya dipenuhi angin atau segelas kopi ais yang hanya dipenuhi ais dan sedikit kopi. Tapi di sini adalah senarai orang yang mengalami pengalaman yang agak buruk dengan makanan mereka. Sesiapa yang menyediakan makanan seperti ini patut dipenjara.

Kalau kamu fikir kami di 101viral agak dramatik untuk mengatakan demikian, anda boleh melihat sendiri dengan pilihan makanan yang ada di bawah

#1 Ini patut diberi rekod untuk lobak merah yang paling mengecewakan.

#2 Menjumpai sebiji kentang di dalam bungkusan Chips

#3 Sebongkah keju di dalam Cheetos

#4 Aiskrim kon yang tiada Kon. Pelikk!

#5 Telur yang tiada kuning telur.

#6 Ya.. serupa!

#7 Blueberry waffle. Secoet tu je blueberry?

#8 Apabila membuka tin Black Bean. Hanya ada air

#9 Hanya ada satu brokoli di dalam bungkusan Brokoli dan Kobis Bunga

#10 Tembikai ini agak mengecewakan

#11 Hasil tuaian lemon yang akan menarik

#12 Katanya, Strawberry sebesar Lemon dijual disini.

#13 Cuba untuk memilih Avocado yang paling besar untuk dapatkan isi yang lebih. Gagal Nampaknya!

#14 Aiskrim Spongebob

#15 Hmm..

#16 Roti yang dipotong tidak mengikut arah yang normal

#17 Roti yang dipenuhi angin. Rasanya dah trending kat Malaysia macam ni versi karipap angin.

#18 Cheeseburger dari penjual yang nak tutup business cepat

#19 Mesin layan diri yang “Fail”

#20 Coklat Krenberry

Sumber: BoredPanda