Senin, 31 Juli 2017

Bakal Haji Terkandas Akibat Kelewatan Dapat Visa

BotMalay
Bakal Haji Terkandas Akibat Kelewatan Dapat Visa

Tabung Haji menjelaskan kelewatan pengeluaran visa disebabkan jumlah permohonan yang terlalu tinggi. (Gambar: Official : Lembaga Tabung Haji - Facebook)

Pada 24 Julai lalu seramai 483 bakal haji berlepas ke Tanah Suci dalam penerbangan pertama (KT01) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5.50 pagi. 

Penerbangan menaiki penerbangan Malaysia Airlines dengan pesawat MH8000 itu menandakan bermulanya rombongan jemaah haji dari Malaysia ke Tanah Suci bagi menunaikan Rukun Islam kelima. Secara keseluruhannya, jemaah haji Malaysia pada tahun ini berjumlah 30,200 orang dan mereka akan bertolak secara berperingkat menaiki 112 penerbangan ke Tanah Suci. 

Penerbangan terakhir pada 26 Ogos 2017. Kesemua jemaah haji terbabit dijadualkan pulang ke tanah air pada 7 September manakala penerbangan terakhir dari Arab Saudi ialah 4 Oktober depan.

Dalam pada itu, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) terlebih dahulu sudah menghantar 209 petugas bagi menguruskan persiapan untuk jemaah haji termasuk penginapan serta membuka pejabat operasi di Madinah. 

JEMAAH HAJI LEWAT DAPAT VISA 

Bagaimanapun, dalam keterujaan bakal haji Malaysia untuk menyahut panggilan ke Makkah, timbul isu sebilangan mereka mengalami kelewatan penerbangan ke sana disebabkan urusan visa haji.

Menurut Tabung Haji, jemaah haji yang terlibat dalam isu itu bagaimanapun tidak ramai iaitu kurang daripada satu peratus. Kesulitan itu berlaku kerana kelulusan untuk mendapatkan visa perlu melalui proses yang terperinci untuk setiap jemaah haji termasuk data peribadi, perjanjian tempat penginapan di Makkah dan Madinah, penerbangan, pengangkutan dan sajian serta butiran bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi.

Justeru, kelewatan pengeluaran visa juga disebabkan oleh permohonan yang terlalu tinggi dalam sistem tersebut yang mengendalikan berjuta permohonan jemaah haji dari seluruh dunia.

TABUNG HAJI MOHON MAAF

Tabung Haji bagaimanapun optimis bahawa isu itu boleh diselesaikan dengan segera. Jelas mereka, pihak kedutaan sentiasa bekerjasama dan memantau bagi mendapatkan dan mencetak visa jemaah haji yang terlibat termasuk pada hari cuti hujung minggu. 

Masalah itu djangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat dan kesemua jemaah terpilih akan meneruskan perjalanan selepas urusan mereka dipermudahkan. 

Sehubungan itu, Tabung Haji memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh jemaah haji terbabit dan menasihati mereka yang menghadapi masalah kelewatan visa supaya bersabar kerana proses mendapatkan visa haji sedang giat dijalankan.

"Para jemaah akan diterbangkan ke Tanah Suci sebaik sahaja visa diperolehi. Tabung Haji turut menyediakan tempat penginapan dan makanan di Kompleks Haji Kelana Jaya kepada jemaah haji yang terlibat di mana kos berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak TH," katanya.
 

Klang Residents To Face Water Disruption This August

BotMalay
Klang Residents To Face Water Disruption This August

Image: Astro Awani

Klangites, looks like SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) has some pretty dry news for you.

Those residing in several areas in Klang will face water disruption from 10 August until 11 August.

The areas that will be affected are Seksyen 25; Jalan 25/126 and Jalan 25/127, Sri Muda; Flat PPRT Seksyen 26; Batu 2½ up to Batu 8 Bukit Kemuning; Kampung Teluk Menegun; Kampung Jawa; Kampung Sungai Kandis; Taman Maznah; Taman Alam Nyata; and Taman Samarinda.

Not only that, residents in Taman Nagasari; Harus Estate/Selatevan; Batu 4 Kampung Jawa; Kampung Bukit Naga; Taman Desa Latania; Jalan Hulubalang Taman Sentosa; Berjaya Park; Johan Setia; Jalan SU5 till SU8 (Lion Industrial Park) and Jalan 33/1 till 33/4 Seksyen 33, and Jalan 33/19 till 33/32 Seksyen 33 will also face water disruption.

According to a statement from SYABAS, the water disruption is to “facilitate equipment replacement works in its water distribution system.”

The repair works will be carried out in front of Kilang Mapletree next to Sungai Damansara and junction Seksyen 25.

So, make sure you remember to store some water before the water disruption comes into place.

For more info, you can head down to their website, www.syabas.com.my or download their smartphone app, ‘mySyabas’.

This 12-Year-Old Just Won The World Invention Creativity Contest

BotMalay
This 12-Year-Old Just Won The World Invention Creativity Contest

Image: Universiti Malaysia Perlis

If you have cats at home and you always worry about your feline friends not having enough food whenever you’re away, this 12-year-old may have found the perfect solution for you.
 
You're not doing your job, servant!
Muhammad Danish Syafi Mohd Azdikirana from Perlis invented the Solar Cat Feeder that won him the World Invention Creativity Contest (WICC) held in Seoul, South Korea.
 
The SK Putra student created this with the help of his sister Nur Marissa Maisara Mohd Azdikirana and his friend Amirul Haziq Mohd Shamsudin, who are both aged 11.
 
Danish told the New Straits Times that he came up with the idea for the Solar Cat Feeder when his family was trying to find a way to make sure their eight cats had enough food when they weren’t home.
 
The food box dispenses cat food in a fixed amount when it detects a cat approaching with its built-in sensory.
 
“It has a five-minute waiting period before dispensing another round of food if the same or another cat gets close to the box,” he explained.

Never deny cats of their food!
This sounds very practical for a lot of cat owners out there. And now you don't have to worry about spending money to send them to the pet hostel when you're travelling!
 
Danish had qualified for the competition after his invention won first place at the Perlis Engineering Research and Learning Innovation Symposium (PERLIS) 3.0 two months ago.
 
WICC is a global competition organised by the Korea University Invention Association (KUIA) to encourage and enhance innovation and creativity skills among students from around the world.

Bakal Haji Terkandas Akibat Kelewatan Dapat Visa

BotMalay
Bakal Haji Terkandas Akibat Kelewatan Dapat Visa

Tabung Haji menjelaskan kelewatan pengeluaran visa disebabkan jumlah permohonan yang terlalu tinggi. (Gambar: Official : Lembaga Tabung Haji - Facebook)

Pada 24 Julai lalu seramai 483 bakal haji berlepas ke Tanah Suci dalam penerbangan pertama (KT01) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5.50 pagi. 

Penerbangan menaiki penerbangan Malaysia Airlines dengan pesawat MH8000 itu menandakan bermulanya rombongan jemaah haji dari Malaysia ke Tanah Suci bagi menunaikan Rukun Islam kelima. Secara keseluruhannya, jemaah haji Malaysia pada tahun ini berjumlah 30,200 orang dan mereka akan bertolak secara berperingkat menaiki 112 penerbangan ke Tanah Suci. 

Penerbangan terakhir pada 26 Ogos 2017. Kesemua jemaah haji terbabit dijadualkan pulang ke tanah air pada 7 September manakala penerbangan terakhir dari Arab Saudi ialah 4 Oktober depan.

Dalam pada itu, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) terlebih dahulu sudah menghantar 209 petugas bagi menguruskan persiapan untuk jemaah haji termasuk penginapan serta membuka pejabat operasi di Madinah. 

JEMAAH HAJI LEWAT DAPAT VISA 

Bagaimanapun, dalam keterujaan bakal haji Malaysia untuk menyahut panggilan ke Makkah, timbul isu sebilangan mereka mengalami kelewatan penerbangan ke sana disebabkan urusan visa haji.

Menurut Tabung Haji, jemaah haji yang terlibat dalam isu itu bagaimanapun tidak ramai iaitu kurang daripada satu peratus. Kesulitan itu berlaku kerana kelulusan untuk mendapatkan visa perlu melalui proses yang terperinci untuk setiap jemaah haji termasuk data peribadi, perjanjian tempat penginapan di Makkah dan Madinah, penerbangan, pengangkutan dan sajian serta butiran bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi.

Justeru, kelewatan pengeluaran visa juga disebabkan oleh permohonan yang terlalu tinggi dalam sistem tersebut yang mengendalikan berjuta permohonan jemaah haji dari seluruh dunia.

TABUNG HAJI MOHON MAAF

Tabung Haji bagaimanapun optimis bahawa isu itu boleh diselesaikan dengan segera. Jelas mereka, pihak kedutaan sentiasa bekerjasama dan memantau bagi mendapatkan dan mencetak visa jemaah haji yang terlibat termasuk pada hari cuti hujung minggu. 

Masalah itu djangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat dan kesemua jemaah terpilih akan meneruskan perjalanan selepas urusan mereka dipermudahkan. 

Sehubungan itu, Tabung Haji memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh jemaah haji terbabit dan menasihati mereka yang menghadapi masalah kelewatan visa supaya bersabar kerana proses mendapatkan visa haji sedang giat dijalankan.

"Para jemaah akan diterbangkan ke Tanah Suci sebaik sahaja visa diperolehi. Tabung Haji turut menyediakan tempat penginapan dan makanan di Kompleks Haji Kelana Jaya kepada jemaah haji yang terlibat di mana kos berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak TH," katanya.
 

Mak mertua selalu minta duit dengan suami.. Bila bagi sedikit dia mengamuk.. Pernah sekali dia doakan kami mati dilanggar lori kerana tidak bagi duit pada dia!

BotMalay
Loading...

Hemorrhostop

Assalam admin..

Terima kasih, kira nya msg saya ni di siar kan..

Begini cerita nya.. Pagi tadi mil call suami.. nak minta amik tgh hari, hantar ke masjid.. Sabtu ngan ahad adalah off day suami, sy ngan suami pjj.. so, pegi la suami sy amik mil.. Mmng setiap 25hb mil akan call suami, tanya duit..

Sblm kawin suami tiap bulan hulur Rm200 dkt mil.. Tgh hri td, suami dtg la rmh mil, nak amik, smbil bg duit Rm100 ngan mil.. mil mrh2, siap mnyumpah, kata kami kedekut, nnty Allah akan kedekut jgk ngan kami.. suami ckp la, ada duit lebih, nnty akan bg lebih..

mil halau suami, kata nye p la balikk, x pyh hantar g masjid, haram kete engko tuu.. harap ko mati kene langgar ngan lori, cam tu la mil ckp dkt suami.. sian suami, dtg tempat keje sy td, mluah smua ni ngan sy, smbl mukak tahan air mate..

Sy mmng mrh, tapi msih hormat mil, ikut hati nak je msg mil.. tak bsyukur langsung.. Biase la mil, ade je x kena, hanye duit je, bole beli senyuman die.. hri tu suami bg Rm150, 5minit senyum, pstu buat muka tak puas hati lagi.. kalau la mil tahu ! Ye mmng gaji husband Rm 2000.. tolak komitmen pnjm ngan koperasi pat keje suami.. 1400 tolak, bunga along..

mse kami kwin hri tu, mil nak buad majlis grand2, maklum la ank bungsu.. hah ! Pksa hsbnd sdia duit, kalau tak dye x bg kawin.. tgk hsbnd amik jln pintas..! x ksian ngan ank sndri, nak majlis grand, tp mnyumbang tanak ! Tolak sume tggl Rm600.. Rm440 buad byr ccm kete suami..

slebih nya beli belanja susu n pamper ank yg usia nya setahun.. Habis duit makan, duit minyak suami mane ? Nasib baik sy keje, yg kurang sy yg bantu, even gaji Rm800.. smbil tu husband buat parttime, amik kn org stok rkok, ade la dlm 100 lbih dpt, tu la buad duit minyak.. knpa mil x bsyukur !

Asal gaji, mesti kate kami byk duit, almaklum, suamisteri keje.. kalau la mil tahu, kami pn ckup2 makan, kdg2 suami sminggu tu mkn megi je, duit dlm tgn Rm5 je.. dia nmpk je kami ni bduit, tak tau blkg ikat perut.. bersyukur la wahai mil, kite bagi skdar yg ada !

Tak habis2 nak buat penghinaan, satu yg sy sgt puji suami, dia hati kering.. Tiap kali bg Rm109 ade je mil x buat, campak duit kat muka suami, ludah mknn suami, ckp x halal mkn dkt rmh mil, sbb knon nye suami ni bila x de duit bru dtg umah mil mkn.. dia anak tiri ke mil ? Knpa sehina tuh lyn anak sendiri ! Mohon berubah.. kita tdk tau esok lusa kalau anak tu d pnjg kn umur lg..

Apa pun semoga Allah buka kn pintu rezeki buat kami suami isteri seluas2 nya.. In Shaa Allah :'(

Sumber : supermario16

Loading...

Nampak bapa saudara rentung atas katil

BotMalay

LELAKI warga emas rentung selepas katil ditiduri dalam rumahnya di Kampung Perupok, Yan, Kedah, terbakar, hari ini.

Dalam kejadian disedari 8 pagi itu, mayat bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Perupok, Lazim Talib, 80, ditemui rentung di atas katil berkenaan selepas api berjaya dipadamkan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Fauzi Shuaib berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.47 pagi dan lima anggota bersama seorang pegawai dihantar ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah katil dalam rumah dan api berjaya dipadamkan penduduk kampung.

“Kami menemui mayat seorang lelaki di atas katil dan mangsa dikatakan tinggal seorang diri.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Yan untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, anak saudara mangsa, Abd Rahim Ahmad, 50, berkata dia bergegas ke rumah bapa saudaranya itu selepas dimaklumkan mengenai kebakaran itu.

Katanya, sebaik tiba, dia terpaksa memecahkan pintu depan untuk masuk kerana semua pintu berkunci dan mendapati ruang tempat tidur bapa saudaranya dipenuhi asap manakala bapa saudaranya itu sudah rentung.

“Saya bersama beberapa jiran memadamkan api pada tilam sebelum melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa," katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Bekas CEO FIC direman empat hari

BotMalay
PUTRAJAYA: Seorang bekas  Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC) direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan pembelian sebuah hotel empat bintang di London oleh FIC.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.

Suspek berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.20 malam tadi, di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas hampir 12 jam memberi keterangan.

Suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi tadi dengan berkerusi roda, memakai baju lokap SPRM dan tangan bergari.

Peguam suspek, Fahmi Abdul Muin, ketika ditemui berkata, anak guamnya terpaksa berkerusi roda kerana masalah sakit tulang belakang dan sendi otot.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009.

Pada Isnin, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan kertas siasatan dibuka bagi menyiasat pembelian hotel tersebut yang disyaki telah dibeli dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

AS Kenakan Sekatan Terhadap Presiden Venezuela

BotMalay

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) semalam, mengenakan sekatan terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro, selepas pemimpin negara itu meneruskan hasratnya mengadakan pilihan raya Dewan Perlembagaan Negara (ANC) pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua.

“Sekatan terhadap Maduro sekaligus menunjukkan bantahan AS terhadap dasar rejimnya,” kata Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin dalam satu kenyataan.

Menerusi kenyataan itu juga, AS memberi memberi amaran kepada sesiapa terlibat dalam ANC akan dikenakan tindakan sama.

Susulan sekatan, semua aset Maduro yang tertakluk di bawah bidang kuasa AS akan dibekukan dan rakyat AS dilarang sama sekali untuk menguruskannya.

Sebelum ini, negara di bawah pimpinan Presiden Donald Trump itu turut mengenakan sekatan terhadap 13 tokoh politik kerajaan Venezuela kerana terbabit dengan ANC.

Menurut Majlis Pilihanraya Kebangsaan Venezuela, lebih 8 juta orang mengundi untuk ANC baharu yang akan ditugaskan untuk menulis semula perlembagaan.

Pengundian dilakukan di tengah ketegangan yang wujud akibat bantahan anti-kerajaan dianjurkan pihak pembangkang iaitu Pertubuhan Kesatuan Demokratik (MUD) sejak awal April, menyaksikan lebih 110 rakyat terkorban.

ANC dicadangkan Maduro pada Mei, bagi menulis semula Perlembagaan 1999 bertujuan memecahkan kebuntuan politik yang dilihat melumpuhkan negara Amerika Selatan.

Bagaimanapun, pembangkang berpendapat usaha itu hanyalah alasan Maduro untuk mengukuhkan lagi kuasanya. – BERNAMA

Loading...

Penganggur Ditahan Kerana Mencium dan Korek Kemaluan Anak Saudara Berusia 5 dan 1 Tahun di Kuching

BotMalay
Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Jenayah rogol dan cabul makin berleluasa dari hari ke hari. Lebih menyedihkan apabila mangsanya ialah anak kecil yang masih suci dan tidak berdosa!

Baru-baru ini seorang lelaki telah ditangkap atas pertuduhan mencium dan mengorek jarinya ke kemaluan anak saudara yang baru berusia lima tahun di Asajaya, Kuching, lapor Utusan Online.

Malah tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut telah melakukan hal yang sama terhadap adik mangsa yang baru berusia setahun tujuh bulan. Weiii ko ni manusia jenis apa??



Gambar hiasan

Menurut Sarawak Voice, perbuatan terkutuk lelaki durjana tersebut mula disedari apabila ibu mangsa mendapati bahagian kemaluan anak perempuannya yang berusia setahun itu lebam semasa menukar lampin kanak-kanak tersebut.

Gambar hiasan

Mangsa yang berusia lima tahun pula membisikkan ke telinga ibunya yang suspek juga pernah menciumnya dan mengajak kanak-kanak tersebut untuk melakukan hubungan seks. Anak kecil tersebut juga mengaku bahawa suspek pernah memasukkan jari ke dalam alat sulitnya berulang kali. Euww dasar pedofil! 

Terkejut dengan apa yang didengarnya, ibu dan bapa mangsa telah membuat laporan polis di Kota Samarahan pada Sabtu lalu. Pihak polis seterusnya menahan suspek yang juga seorang penganggur berusia 22 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tambirat.

Sumber: Utusan Online

Suspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes bakal disiasat di bawah Seksyen 12 (a) dan (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Kes ini merupakan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang kedua di bawah Akta ini selepas kes pertama melibatkan mangsa berusia 16 tahun di Kuching pada 13 Julai lepas.



Entah apalah yang mereka fikir sampai sanggup buat budak kecil macam tu… Melampau sungguh! 

Baca: Warga Emas Korek Kemaluan Kanak-Kanak Berusia Enam Tahun di Tempat Awam di Kuala Terengganu

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ponteng Sekolah Dan Beranikan Diri “Bersama” Kekasih. Kisah TERLANJUR Remaja Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

BotMalay
Loading...

| Sewaktu umur 14 tahun saya sudah mula bercinta. Curi-curi untuk keluar rumah untuk berjumpa dengan kekasih. Setelah diketahui oleh abang kandung atas perbuatan saya, saya dipukul disepak, hati remaja saya memberontak. Makin dilarang, makin saya dendam. Saya keluar juga bertemu kekasih pada waktu sekolah. Saya kerap ponteng sekolah semata-mata mahu berjumpa kekasih.

Gambar Sekadar Hiasan: Sumber Google Images

Sehinggalah saya beranikan diri ke atas katil bersama kekasih. Saya lakukan perbuatan itu sehinggalah saya berumur 16, berada ditingkatan 4, berapa kali berzina sudah tidak terkira.

Allah…

Semasa di tingkatan 4. pada pertengahan tahun badan saya mula berubah. Jiran-jiran, kawan-kawan dan saudara mara semua menegur dengan rupa bentuk fizikal badan yang berisi.

Saya sembunyikan kandungan sehingga 6 bulan. Akhirnya satu malam mama saya memangil masuk ke dalam bilik dengan wajah yang penuh dengan linangan air mata. Mama bertanyakan saya, adakah saya mengandung…

Berkali-kali dipaksa namun esak tangisan saja yang kedengaran. Hampir 1 jam, baru saya mula buka mulut untuk mengakui yang saya mengandung…

Hancur luluh hati mama.

Di pagi hari keesokan nya, saya bersiap untuk ke sekolah seperti biasa, perut saya masih terlindung dengan baju kurung yang besar.

Sewaktu hendak keluar rumah mama telah pun menunggu di depan pintu. Baru saya tahu yang mama semalaman berjaga kerana takut saya melarikan diri.

Mama telah mengunci pintu pagar kerana melarang saya pergi ke sekolah .

Mama telah berjumpa dengan guru kelas dan berbincang untuk memberhentikan saya dari meneruskan persekolahan dengan alasan mahu berpindah ke kampung untuk menemai nenek yang uzur.

Selepas saya diberhentikan sekolah, mama mencari tempat perlindungan. Perut saya semakin kelihatan. Sementara mama mencari tempat perlindungan , saya diletakkan di rumah makcik selama seminggu.

Akhirnya mama jumpa rumah perlindungan Seri Raudhah. Semua ahli keluarga pandang hina kepada saya.

Sang lelaki bersuka ria disaat saya kesedihan menanggung beban diatas perbuatan bersama. Keseronokan yang dinikmati cuma sementara. Kedegilan saya dahulu telah membawa padah untuk diri sendiri menanggungnya.

Setelah 2 bulan berada di Seri Raudhah saya selamat melahirkan seorang puteri. Saya beri nama Nur Ain Faseehah.

Saat diberi tahu anak yang baru dilahirkan akan diserah kepada keluarga angkat, saya merasa hidup saya sudah mati.

2 minggu tidur bersama, menjaga siang malam, menyusukan, dan akhirnya anak saya diserahkan kepada keluarga angkat.

Hati saya sedih bercampur marah . Saya persoalkan mengapa mama tak nak ambil cucunya. Kenapa saya tidak ada hak ke atas anak yang saya lahirkan. Kenapa Seri Raudhah sanggup memisahkan seorang anak dengan ibu.

Sewaktu penyerahan anak, saya tiada bersama. Sedih sangat. Saya tidak diperkenalkan kepada keluarga angkat, hanya mama saja yang bertemu mereka.

Selepas beberapa bulan saya di Seri Raudhah pelbagai ilmu agama telah dipelajari. Sehingga saya dilantik menjadi naqibah dalam kumpulan tadarus.

Saya pernah merasa hari raya tidak dapat bersama keluarga. Sedih, tapi saya tahu Allah sentiasa ada, hati merasa tenang.

Selepas keluar dari Seri Raudhah saya langsung tidak mengetahui khabar berita tentang anak saya.

Hanya doa yang saban hari saya titipkan semoga Nur Ain Faseehah sihat dan sentiasa rindu untuk bertemu mama kandungnya.

Pesanan kepada keluarga angkat di luar sana, janganlah zalim memisahkan anak dengan ibu kandung,langsung tidak membuka ruang untuk mempertemukan anak dengan ibu kandungnya. Janganlah terlalu tamak kasih sayang, anak itu cuma pinjaman, bila bila pun Allah boleh ambil semula.

Sumber;- Muna liza binti Ismail

Loading...

AWAKLAH ADIK ANGKAT PALING BEST PERNAH ABANG PLAY JANGAN SAMPAI ISTERI ABANG TAU OK

BotMalay

PAPA JANGAN PAKSA SAYA VIDEO KANAK 5 TAHUN MENAGIS DIPAKSA BERKAHWIN NAMUN PADA MALAM PERTAMANYA

BotMalay

Selepas Teruk Dikecam Kerana Gelar Bella Meroyan, Akhirnya Anzalna Nasir Tampil Beri Respon Balas

BotMalay

Selepas Teruk Dikecam, Akhirnya Anzalna Nasir Tampil Buka Mulut



Anzalna Nasir turut terpalit dengan kontroversi adiknya Afifah Nasir dengan Aliff Aziz.

Ini setelah pelakon ini menggelar Bella Astillah sebagai wanita yang sedang meroyan kerana baru melahirkan cahaya mata. (BACA SINI)

Memang teruk Anzalna dikeacm orang ramai kerana komennya itu.

Akhirnya Anzalna telah tampil memberi kenyataaan dan memohon maaf atas keterlanjuran katanya kepada Bella Astillah.

Ini kenyataan Anzalna:

DIKECAM TERUK

"Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi?

AKUI AYAT ITU TAK PATUT KELUAR

"Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita.

MOHON MAAF

"Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana,"

TUTUP RUANG KOMEN

"Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini.

GEMBIRA LIHAT ALIFF DAN BELLA BERBAIK

"Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama.

"Berkenaan dengan kejadian tersebut, saya harap semua pihak boleh menantikan sendiri kenyataan dari adik saya,"

Semalam dalam satu sidag media, Bella akui terkejut dengan ayat 'meroyan; yang ditulis Anzalna kepadanya. (BACA SINI)

Gunakan 3 Bahan Ini Untuk Rawat Kaki & Tangan Kebas

BotMalay

Percaya atau tidak bila usia kita dah masuk 40an, macam-macam penyakit dah mula menapak dalam badan. Kadang-kadang kita tak sedar ada masanya kaki kita kebas dan menyucuk-nyucuk bila bangun daripada duduk.

Kadang-kala kalau perlu makan bersila kita terpaksa mengelak sebab bila duduk lama kaki cepat kebas nak makan pun tak selesa kena beralih kaki banyak kali. Itu tak termasuk saat kecemasan dalam bilik air. Kalau tiada tandas duduk alamatnya merintih lah masa nak bangun sebab kaki cepat kebas.

Begitu juga ketika tertidur tak sengaja anda mengiring ke kanan dan meletakkan tangan dibawah pipi setelah bangun tangan itu akan terasa kebas. Masalah kebas ini boleh terjadi dimana-mana bahagian badan kita. Namun selalu berlaku di bahagian tangan, jari dan kaki. Kebas adalah keadaan dimana seseorang mengalami rasa (sensation). Keadaan ini kebiasaaannya disebabkan oleh irritasi saraf atau periperi terhimpit. Seperti penyakit lainnya, kebas ini menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka yang aktif dan bekerja setiap hari.

Penyebab Kebas

Rasa kebas ini terjadi kerana terdapat gangguan atau kerusakan pada saraf yang terlibat. Diantaranya penyebabnya iaitu:

Masalah urat saraf, Kecedaraan pada saraf akibat kemalangan ataupun terjatuh
Jangkitan pada saraf periferi seperti kayap
Carpel tunnel syndrome (saraf median tertekan dikawasan pergelangan tangan), ini terjadi ketika saraf median (men-sarafi ibu jari, telunjuk, dan jari tengah) terjepit pada terowong dipergelangan tangan sehingga menjadi kebas
Kerosakan saraf akibat bahan bertoksik seperti budaya merokok dan meminum minuman beralkohol dengan masa yang telah lama
Kencing manis dengan gula darah tinggi yang tak terkontrol lama kelamaan akan menyebabkan kerusakan pada saraf perifer dan akan merasakan rasa kebas dan tangan terasa dingin.
Adanya gangguan penyakit hati, ginjal, adanya kerusakan pembuluh darah, keradangan, tumor, ketidakseimbamgan hormon, dan kanser.
Gaya hidup yang tak sihat dengan mengambil makanan yang tak seimbang dan jarang bersenam
Tubuh kekurangan vitamin. Vitamin e, b1, b6 dan b 12 dan niasin sangat penting untuk fungsi saraf yang sihat. Kekurangan b12 contohnya akan menyebabkan anemia pernisiosa. Merupakan penyebab penting dari neuropati perifer. Namun, terlalu banyak b6 juga akan menyebabkan kebas ditangan dan kaki.
Kekurangan darah, berat badan berlebihan, wanita menopouse, dan sesiapa sahaja yang kekurangan kasium.
Selain masalah kebas kaki dan tangan, masalah angin dalam badan usah cakaplah, selalu sangat badan rasa lenguh dan berat bila nak berjalan. Sesekali lutut pun ada rasa lenguh dan sakit-sakit. Puteri Aura Balqis yang berkongsi petua ini di facebooknya sangat berguna untuk kita cuba.

Kalau bukan untuk diri sendiri, buatkanlah untuk ibu anda di rumah. Bukan hanya atasi masalah angin dan kebas pada kaki dan tangan, malah cara ini juga memudahkan untuk buang air besar. Jom kita cuba petuanya.

BAHAN-BAHAN:

Halba
Halia
Serai
Caranya mudah sahaja iaitu dengan merebus kesemua bahan ini hingga mendidih. Apabila mendidih, angkat dan campurkan dengan sedikit air asam jawa dan kacau. Amalkan minum air ini setiap malam, sebelum waktu untuk tidur.

Paling disarankan minum air rebusan ini ketika waktu panas atau sedikit suam. Esok paginya, badan akan jadi lebih segar selepas bangun pagi. Selamat mencuba

Foto: Puteri Aura Balqis

sumber 

“Saya Mohon Maaf” – Akhirnya Setelah Dimaki Dan Dikecam Netizen Anzalna Nasir Tampil Mohon Maaf

BotMalay

“Saya Mohon Maaf” – Akhirnya Setelah Dimaki Dan Dikecam Netizen Anzalna Nasir Tampil Mohon Maaf
Setelah kontroversi adiknya Afifah Nasir bersama Aliff Aziz kecoh di media sosial, Anzalna Nasir akhirnya tampil untuk memohon maaf atas segala apa yang telah terjadi. Anzalna dimaki dan dikecam netizen kerana komen ‘meroyan’nya itu. Mungkin susah untuk membuang ego tetapi Anzalna tetap berani mengakui kesilapannya itu.

Anzalna Nasir dalam satu kenyataan berkata sebagai manusia biasa dia berasa tidak gembira kerana telah dihentam begitu teruk di media sosial. Ramai netizen yang menghambur kata-kata kesat serta kurang elok di laman sosialnya.

Oleh kerana tidak tahan dikecam dan diprovokasi, ianya menimbulkan kemarahan dirinya maka timbullah ayat yang tidak sepatutnya keluar dari mulut pelakon tersebut.

“Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana”.
“Saya Mohon Maaf” – Akhirnya Setelah Dimaki Dan Dikecam Netizen Anzalna Nasir Tampil Mohon Maaf

Anzalna telah pun menukar akaun Instagram kepada ‘private’ dan tidak membenarkan sebarang komen ditulis. Ianya dilakukan bukanlah kerana takut tetapi tidak mahu terus mencampuri kontroversi yang melanda adiknya itu.

Dalam satu laporan Astro Gempak, Anzalna berkata dia tidak mahu mengeruhkan keadaaan lagi. “Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama.”

“Berkenaan dengan kejadian tersebut, saya harap semua pihak boleh menantikan sendiri kenyataan dari adik saya.” – www.kakishare.my

Persiapan perkahwinan dah siap 80%, tetapi tunang putuskan kerana bekas kekasih mahu balik semula, lelaki mirip Fattah Amin cari wanita ganti bekas tunang

BotMalay

Gara-gara putus tunang, seorang pemuda tidak mahu memori lalu terus menghantuinya apabila berhasrat segera mencari pengganti untuk meneruskan majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung bulan depan.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Adib,  telah berkongsi tentang hasrat hatinya itu kepada pengendali laman Facebook Viral D Viral untuk menghebahkan perkara itu.

Memiliki wajah mirip pelakon, Fattah Amin, pemuda berusia 30 tahun ini mendakwa kecewa kerana sudah membuat persiapan sebanyak 80 peratus, termasuk menyimpan wang secukupnya untuk mengadakan majlis bagi meraikan hari bahagianya.

“Saya baru putus tunang dua bulan lepas, tak pasti kenapa, tapi wakil pihak perempuan pulangkan cincin.

“Ikutkan bulan depan kami kahwin. Dengar khabar daripada kawan baik dia, bekas kekasih dia yang dulu hilang, sekarang minta sambung dan rancang untuk kahwin,” katanya yang memiliki darah campuran negara seberang.

Usahawan muda itu turut berterus-terang tentang pendapatannya sebanyak RM5,000 sebulan.

Selain itu, Adib juga mendedahkan bahawa dirinya tidak merokok atau berjoli serta bukan seorang pemabuk.

Lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan itu turut menawarkan wang hantaran sebanyak RM15,000 kepada gadis yang bertuah berbanding nilai asal hanyalah RM10,000.

Malahan sepatutnya Adib bakal menghadiahkan pakej bulan madu ke Korea yang dirahsiakan daripada bekas tunangnya seandainya mereka diijabkabul seperti dirancang.

“Siapa sudi tolong tag nama dia atau kalau ada kawan korang yang solo, tolong tag nama dia dekat komen post Viral D Viral ini.

“Saya akan PM (hantar pesanan peribadi) satu-satu yang saya rasa ok. Kita bercinta lepas kahwin! Sebab majlis tetap akan diteruskan,” ujarnya.

Setakat ini, entri tersebut sudah menerima 17,000 komen, 14,000 tanda suka dan 3,456 perkongsian.

Sumber: MStar

Loading...

Anzalna mohon maaf tuduh Bella meroyan, jelaskan private IG bukan kerana takut

BotMalay

Saya Mohon Maaf - Anzalna Nasir

Pelakon jelita, Anzalna Nasir memohon maaf atas keterlanjuran kata di ruangan komen laman Instagram miliknya.

Akaun Instagram pelakon drama bersiri Memori Cinta Suraya ini menjadi medan perbalahan netizen yang mendakwa adik Anzalna, aktres Afifah Nasir sebagai orang ketiga dalam rumah tangga penyanyi Aliff Aziz.

“Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi?

“Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita.

“Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana,” kata Anzalna kepada Astro Gempak.

Tambah pelakon drama bersiri Dendam Aurora ini, dia bertindak untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod privasi adalah bukan kerana takut.

“Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini.

“Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama.

“Berkenaan dengan kejadian tersebut, saya harap semua pihak boleh menantikan sendiri kenyataan dari adik saya,” kata Anzalna.

Jumaat lalu, Aliff dilaporkan telah ditahan pihak polis atas dakwaan mengasari isterinya, Bella Astillah di sebuah pusat karaoke. Ketika ditahan, Aliff didakwa ada bersama dengan Afifah di pusat karaoke tersebut.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: Astro Gempak

Loading...

“Tuduhan meroyan sangat kasar dan tidak patut” – Bella Astillah

BotMalay

Tuduh Saya Meroyan Itu Kasar Dan Tidak Patut - Bella Astillah

Isteri Aliff Aziz, Bella Astillah, 23, meminta pihak tertentu agar tidak melabelkan dirinya dengan perkataan meroyan.Baca artikel sebelum: “Perempuan baru lepas bersalin ni lain sikit perangainya, bak kata orang meroyan” – Komen Anzalna Nasir isu adiknya Afifah Nasir skandal dengan Alif Aziz dikecam netizen

Ujarnya, terma itu disifatkan keterlaluan dan dia tidak pernah bersifat sedemikian ketika didakwa ‘menyerang’ suaminya yang sedang bersama seorang wanita di sebuah pusat karaoke baru-baru ini.

“Saya ke tempat itu dengan tujuan untuk berbincang dengan suami saya.

“Namun, wanita itu enggan beredar dan berlaku sedikit pergelutan dengan suami saya. Bukanlah ditampar atau dibaling telefon seperti yang didakwa. Mungkin terkena siku, itu sebabnya dahi saya terluka dan berdarah.

“Kemudian saya pula dituduh meroyan! Bagi saya itu sangat kasar dan tidak patut.

“Keluarga saya tahu siapa dan bagaimana perangai saya. Dalam hal ini saya tidak meroyan!” katanya pada sidang media tergempar di Shah Alam, Selangor semalam.

Kontroversi penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 26, tercetus apabila dia ditahan pihak polis pada petang hari Jumaat lalu kerana didakwa telah mengasari isterinya, Bella Astilla, 23.

Pergaduhan itu terjadi apabila Bella mendapat tahu bahawa suaminya, Aliff, keluar bersama seorang wanita lain yang merupakan pelakon gandingannya, Afifah Nasir ke sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras, Kuala Lumpur.

Selepas ditahan selama dua hari, Aliff dibebaskan setelah isterinya sendiri menarik balik laporan polis.

Pasangan itu kini sudah berdamai.

Teks oleh: Amri Hassan

Loading...

'Duit tepi' rosakkan kualiti drama tempatan, cacatkan minda penerbit - PVTM

BotMalay
KUALA LUMPUR: Gelaja pemberian 'duit tepi' yang didakwa wujud di kalangan orang kanan stesen televisyen hanya merosakkan industri drama tempatan.

Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM), Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, ia sekali gus mencacatkan minda penerbit drama yang mungkin merasakan perlu memberi duit tepi untuk kelulusan karya mereka.

Jelasnya, isu itu juga sudah dipanjangkan ke pihak stesen televisyen untuk diambil tindakan.

"Sebab benda ini sudah lama dan kita pernah hantar surat malah berbincang dengan stesen mengenai isu ini.

"Kita pentingkan kualiti, kalau penerbit sudah dibebani masalah kos meningkat selepas itu kita kena bayar lagi 'duit tepi' jadi nanti hasil kualiti produk akan dipertaruhkan. Sedangkan kita hendak produk bagus dan boleh bersaing.

"Industri sihat dari segi semua akan dapat peluang, siapa bagus dan beri hasil terbaik akan mendapat projek. Kita jaga kualiti dari segi itu. Persaingan itu sangat sihat daripada persaingan siapa ada duit dan bayar, kita hendak banteras benda-benda macam ni," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Jurey mengulas isu dalam ruangan pojok sebuah akhbar pada Ahad yang mendedahkan terdapat orang dalam sebuah stesen televisyen meminta rasuah sebelum karya itu diterima stesen berkenaan.

Dalam pada itu pihaknya masih tidak akan membuat aduan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana masih belum mempunyai bukti kukuh.

"Mungkin ini cakap orang luar yang tidak dapat hendak beri dan dapat projek.

"Kita tidak ada bukti kukuh dan sehinga itu kita tidak buat apa -apa laporan rasmi kerana tidak hendak buat tuduhan melulu.

"Cakap-cakap luar sudah banyak yang didengar, ada ahli beritahu dan kita cuba panjangkan kepada pihak stesen televisyen mengenai isu ini," jelasnya.

Jurey turut mengaku sudah berhubung dengan pejabat Ketua Pengarah SPRM untuk membuat kunjungan hormat di pejabatnya.

"Kita mahu tukar maklumat dan melihat apa proses yang boleh dilakukan sekiranya ada sumber yang boleh dipercayai dan mungkin SPRM boleh masuk. Itu yang kita sedang fikirkan," ujarnya.

Sebelum ini, kecoh apabila ahli-ahli Persatuan PTVM mendakwa rancangan-rancangan terbitan mereka semakin susah untuk dijual kepada stesen-stesen TV swasta.

Mereka mendakwa berlaku unsur pilih kasih dan kronisme di stesen-stesen TV swasta sehingga ahli-ahli PTVM tertekan.

JDT Kehilangan Marcos Akibat Kecederaan ACL

BotMalay

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini tanpa pemain pertahanan importnya, Marcos Antonio.

Laman Facebook rasmi JDT melaporkan, Marcos akan menjalani pembedahan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) di lutut kirinya ketika menentang Perak.

“Marcos akan menjalani pembedahannya di Portugal dan akan terlepas baki perlawanan pada musim ini dan akan menjalani proses pemulihan.

“Satu tempoh masa untuk kembali ke aktiviti bola sepak akan diketahui pada satu masa akan datang,” kata laman Facebook berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih JDT, Ulisses Morais berkata, pasukan itu membuat persiapan terbaik untuk menentang Terengganu bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Malaysia.

“Kami sedar bahawa pasukan Terengganu merupakan sebuah pasukan yang hebat. Oleh itu kami menjangkakan perlawanan pada malam ini akan menjadi antara perlawanan yang sukar,” katanya.

Mengenai kesebelasan utama, kata beliau JDT akan membariskan pemain yang mampu mempertahankan matlamat pasukan itu mara ke peringkat suku akhir. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Siapa Sakitkan Hati Isteri Memang Allah Jadikan Hidupnya Tak Berkat. Tak Berjaya! Ini Kisah Benar Seorang Lelaki Bergelar Suami

BotMalay

Sakitkan hati isteri boleh berlaku atas banyak sebab, tetapi ramai suami yang berpura-pura buat tak nampak dan tak kisah sebab tak nak panjangkan cerita. Tetapi yang mana masih mencari sebab kena rezeki kurang lebat, tolonglah baca perkongsian Ebit Lew ini…

Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam pekerjaan. Ya Allah….kaulah segalanya..

Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer..

Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya..

Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya. 

Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah.

Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri.

Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki.

Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.

Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini.

Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah.

Saya pun panggil isteri saya. Isteriku Bidadari. Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.

Ramai orang ingat, duit cuma bekerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamour. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut bahagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur. Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibubapa tidak dihormati.

Hakikatnya semua dari Allah. Allah beri bila kita buat baik pada isteri buat baik pada mak ayah dan semua. Bagaimana kita melayani yang dibumi. Begitulah kita dikasihi dan disayangi Allah -ebit lew

Sumber: Mingguan Wanita

Dr Mahmud Ahmad, ‘Bendahari’ Militan IS

BotMalay

KUALA LUMPUR – Militan warga Malaysia, Dr Mahmud Ahmad disebut-sebut sebagai pakar senjata dan amat dipercayai dalam hierarki kumpulan IS.

Malah, dia turut dianggap sebagai ‘bendahari’ kerana peranannya sebagai orang tengah untuk mendapatkan wang bagi kumpulan militan itu.

Difahamkan sejak 2014, bekas pensyarah Universiti Malaya itu menerima sumbangan lebih RM500,000 daripada militan IS dan individu yang bersimpati dengan kumpulan tersebut.

Sumber perisikan berkata dana itu disalurkan kepada Dr Mahmud melalui kurir dan kaedah dead drops sejak dia melarikan diri ke selatan Filipina, tiga tahun lalu.

“Kurir, kebanyakan dari Malaysia dan Indonesia akan diterbangkan ke Tawau sebelum menggunakan laluan haram untuk ke Mindanao.

“Di sana, mereka akan meninggalkan beg berisi wang tunai di kawasan ditetapkan untuk diambil militan lain yang akan menyerahkannya kepada Dr Mahmud,” kata sumber kepada The Star.

Arahan untuk memindahkan wang akan dihantar melalui aplikasi Telegram yang penggunaannya telah diharamkan oleh Indonesia.

Sumber berkata modus operandi itu digunakan untuk menghalang penahanan Dr Mahmud oleh pihak berkuasa.

Ketika dihubungi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan mengesahkan Dr Mahmud menggunakan kurir untuk menerima dana dan wang tunai yang disalurkan ke Mindanao sejak 2010.

“Kami turut mendapati Dr Mahmud menggunakan perkhidmatan pemindahan kawat antarabangsa untuk mendapatkan dana,” kata Ayob kepada The Star.

Ayob berkata pasukannya telah mengambil langkah proaktif dengan menahan mereka yang bertanggungjawab menyalurkan dana kepada kumpulan militan IS di Syria dan Filipina.

“Kami telah menahan 19 suspek di atas kesalahan membiaya kumpulan pengganas.”Kira-kira 16 individu didakwa di mahkamah dan tiga lagi ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

“Tiga daripada mereka menyalurkan lebih RM200,000 kepada Dr Mahmud,” katanya.

Ayob berkata risikan terbaharu menunjukkan Dr Mahmud juga berhubung dengan militan Indonesia di Syria mengenai pemindahan dana ke selatan Filipina.

“Kami mendapati kenalan warga Indonesia yang dihubungi Dr Mahmud memberitahu militan lain di Indonesia untuk membuka akaun bank baharu di sana.

“Dana seterusnya akan dimasukkan ke dalam akaun baharu ini yang akan disalurkan kepada militan lain yang mahu menyertai kumpulan itu di selatan Filipina,” katanya. – mStar Online

Loading...

(VIDEO) "Itu Nombor Telefon Saya, Bukan Aliff," Lelaki Tertekan Diugut, Dicaci Dan Terima Panggilan Telefon 400 Kali Sehari

BotMalay

Gara-gara nombor telefonnya telah disalahgunakan orang lain dan menjadi tular kononnya milik penyanyi kontroversi Aliff Aziz, kehidupan harian seorang lelaki bagaikan tidak keruan.

Semuanya kerana satu status di Twitter yang berbunyi "Jangan nak kecam sangat, siapa tak puas hati kol aku 0111192**** , bangsa*" di mana nombor telefonnya telah dipaparkan di dalam status itu.

Kerana status itu Mohd Faris Mohd Ali,30, telah menerima lebih 7,000 mesej di aplikasi Whatsapp, lebih 400 panggilan telefon dan hampir 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) memaki hamun, menghina dan mencabar untuk bergaduh.

"Saya bukan Aliff Aziz, tolong berhenti hubungi nombor telefon saya. Saya mula terima gangguan pada 5 pagi semalam dan tak tahu apa-apa sehinggalah tunang saya beritahu yang nombor saya sudah disebarkan.

"Ada yang masukkan saya dalam kumpulan Whatsapp dan ada juga yang saya sudah jelaskan yang tertera dalam Twitter itu bukan nombor Aliff. Bagaimanapun, sehingga sekarang saya masih diganggu tanpa henti walaupun saya sudah kongsi di Facebook (FB) dan buat laporan polis," katanya dipetik tulisan Harian Metro.


Menurut Faris dia telah pun membuat laporan di Balai Polis Sepang semalam dan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada hari yang sama.

"Satu azab saya rasa sebab panggilan tak henti-henti sehingga menyukarkan saya untuk menjalankan perniagaan.

"Nombor itu memang saya khaskan untuk urusan perniagaan sejak saya gunakan dua minggu lalu," katanya yang berasal dari Taiping, Perak.


Beliau dalam pada itu mungkin akan mempertimbangkan untuk menamatkan talian itu sekiranya gangguan itu masih berterusan.

"Kepada anda di luar sana, tolonglah berhenti ganggu saya. Kepada tukang sebar, tolong jangan menyusahkan orang lain.

"Sebab anda, saya yang terseksa. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang kongsikan nombor telefon saya di media sosial," katanya.

Aliff Aziz dalam kenyataan media semalam menafikan dia ada kena mengena dengan penyebaran nombor telefon Mohd Faris.

“Saya akui itu akaun saya tetapi akaun itu sudah digodam oleh individu tidak bertanggungjawb. Saya tidak tahu mengenai Twit (status) itu.

“Saya hanya sedar bila dah tular dan keluar di Twitter. Akaun itu digodam oleh orang lain dan lagipun saya sudah lama tidak aktif di Twitter.

“Kenapalah sampai nak sebarkan nombor telefon orang lain. Jadi, kepada individu tidak bertanggungjawab itu, sila pulangkan akaun itu kepada saya,” katanya. - Siakapkeli.my


Sumber: Harian Metro

Guess Which State Has The Highest Life Expectancy In Malaysia

BotMalay
Guess Which State Has The Highest Life Expectancy In Malaysia

You guys know the saying, "Live fast, die young"? Well, residents from this particular state gets to live a little faster and die a little older.

The Department of Statistics Malaysia has, on Monday, revealed that the Land of the Hornbills, Sarawak, has the highest life expectancy compared to other states in the country.

According to the Department, Sarawakian men live up to an average of 75.1 years old, while women in the state has an average life expectancy of 78.6 years.

We mean, with views like these, it's not hard to see why lah:

Residents in the Federal Territories have the second highest life expectancy (at 74.4 years for men and 78.4 years for women) and Selangor came in third with an expectancy of 73.4 years for men and 77.7 years for women.

Meanwhile, at the bottom of the spectrum, Terengganu has the lowest life expectancy at birth; 68.8 years for the gents and 74.6 years for the ladies.


Well, here's another piece of good news: the Department of Statistics also revealed that Malaysians in general are living longer today compared to a couple of years back.

Malaysians can expect to live up to an average of 74.8 years in 2017, with the men living up to 72.7 years and the women, 77.4 years.

Six years ago, the average life expectancy was only 74.3 years, so that's a pretty impressive 0.5 years increase.

Whatever we are doing (or eating) right now, it's working! Must be the Nasi Lemak Burger lah!

Saya risau! Saya ada seorang anak perempuan berumur 14 tahun, hubungan dia dengan suami saya macam tiada batas.. Tidur dan mandi bersama.. Ada satu malam mereka tidur bersama sambil tangan suami saya di……

BotMalay
Loading...

Asalammualaikum. Saya guna FB adik saya mohon hidekan profile. Saya tiada fb ( maaf kuno sikit) …

Saya seorg istri dan ibu . Ada 3 org anak , sorg 7 tahun (lelaki) , 11 tahun ( lelaki) Dan 14 tahun ( perempuan ). Alhamdulilah anak2 Tak banyak karenah.

Cuma saya nak minta pendapat dari ibu2 serta ayah2 dekat luar. Perlu ke saya bataskan pergaulan anak dengan suami saya?.

Begini ceritanya, anak saya perempuan sangat rapat dgn ayahnya. Dan boleh kira dalam 5 Kali seminggu ayah tidur dgn anak perempuan nya.

Saya pernah tegor suami , saya bagitau Tak elok SB anak perempuan tu da besar Dan bila saya cakap suami kata saya berfikiran kolot Dan negative padahal saya tidak langsung berfikiran seperti itu.

Anak perempuan saya dah akil baligh ( maaf kalau salah eja) , Dan badan dia agak seperti remaja berumur 21+ .

Suami saya jugak slalu Mandi dgn anak perempuan saya padahal dgn anak lelaki dia Tak pernah pelawa untuk Mandi bersama.,

Suami jugak agak suka bergurau kasar contohnya tampar punggung anak perempuan saya.

Setiap pagi saya bangun utk kejutkan suami dan anak solat subuh, Pagi itu saya rasa agak sedih. Saya melihat suami saya tidur berpelukan dgn anak saya sambil tangan dia di buah dada ( maaf klau agak lucah) .

Saya terdiam seketika. Pagi tu saya ada cakap ‘ abg lepasni takpayah tidur dgn anak perempuan, abg tu suami saya ayah kpd anak2 Kita, tolong jgn main2 dgn agama abg,

Kita org Islam Ada batas2 yg perlu Kita ikut’. Suami saya iakan je. Allahurabbi. Ape yg perlu saya buat.? Risau lama2 Perkara ini merebak Jadi benda lain. .

Sumber : K R T

Loading...

Isu meroyan: "Maafkan atas keterlanjuran" - Anzalna Nasir

BotMalay

Pelakon jelita, Anzalna Nasir memohon maaf atas keterlanjuran kata di ruangan komen laman Instagram miliknya.

Akaun Instagram pelakon drama bersiri Memori Cinta Suraya ini menjadi medan perbalahan netizen yang mendakwa adik Anzalna, aktres Afifah Nasir sebagai orang ketiga dalam rumah tangga penyanyi Aliff Aziz.

BACA: Perempuan Baru Lepas Bersalin Lain Sikit Perangai, Bak Kata Orang Meroyan - Anzalna Dikritik Sebelahi Adik

"Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi?

"Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita.

"Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana," kata Anzalna kepada Astro Gempak.

Tambah pelakon drama bersiri Dendam Aurora ini, dia bertindak untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod privasi adalah bukan kerana takut.

"Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini.

"Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama.

BACA: Ya, Saya Salah... - Aliff Aziz & Bella Astillah Berdamai

"Berkenaan dengan kejadian tersebut, saya harap semua pihak boleh menantikan sendiri kenyataan dari adik saya," kata Anzalna.

Jumaat lalu, Aliff dilaporkan telah ditahan pihak polis atas dakwaan mengasari isterinya, Bella Astillah di sebuah pusat karaoke. Ketika ditahan, Aliff didakwa ada bersama dengan Afifah di pusat karaoke tersebut.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

IWK Kutip 87% Bil Tertunggak

BotMalay

KUALA LUMPUR – Indah Water Konsortium (IWK) berjaya mengutip 87 peratus daripada RM8 bilion bil perkhidmatan pembetungan tertunggak yang terkumpul sejak 1997, kata Pemangku Ketua Pegawai Operasi IWK Ir Mohamed Haniffa Abdul Hamid.

Beliau berkata usaha proaktif IWK memberi kesedaran kepada pengguna terhadap kepentingan perkhidmatan pembetungan.

“Kadar kutipan bil IWK menunjukkan perkembangan positif dengan pelbagai inisiatif diambil antaranya bertemu pelanggan, menghantar surat peringatan serta kempen kesedaran.

IWK tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan tegas sehingga menyukarkan pengguna, namun ingin saya tegaskan bahawa kesedaran untuk membayar bil secara efisien amat diperlukan,” katanya ketika ditemui Bernama di Ibu Pejabat IWK di sini hari ini.

Mohamed Haniffa berkata walaupun IWK sebelum ini berdepan jumlah tunggakan bil pembetungan yang tinggi, namun syarikat pembetungan nasional itu mampu bertahan lebih 20 tahun hasil  pengurusan  cekap  kakitangannya.

Mohamed Haniffa berkata IWK mengenakan caj perkhidmatan premis domestik yang sangat rendah iaitu RM8 sebulan dan bil dihantar kepada pengguna setiap tiga bulan.

“Bayangkan betapa rendah caj yang kami kenakan sejak 20 tahun lepas tanpa sebarang kajian semula. Ini jelas menunjukkan kerajaan memainkan peranan yang besar memperuntukkan sejumlah wang bagi melancarkan operasi IWK,” katanya.

Beliau berkata IWK sentiasa memastikan loji olahan kumbahan awam dan rangkaian saliran paip pembetungan awam dikendali dan diselenggara dengan cekap demi menjaga kebersihan alam sekitar selain melindungi kesihatan pengguna daripada penyakit berjangkit bawaan air seperti kepialu, taun dan polio.

Mohamed Haniffa berkata IWK sehingga kini mempunyai 3.6 juta pengguna meliputi 87 kawasan  pihak  berkuasa tempatan (PBT), kecuali Majlis Perbandaran Johor Bahru, Majlis Perbandaran Pasir Gudang serta PBT di negeri Kelantan, Sabah dan Sarawak.

“Daripada jumlah itu,  sebanyak 3.2 juta pengguna adalah pelanggan domestik (800,000 daripada jumlah itu merupakan pengguna yang menetap di kawasan perumahan kos rendah) manakala selebihnya  adalah  pelanggan bukan domestik,” katanya.

IWK menjalankan operasi dan penyelenggaraan sistem pembetungan awam bagi 6,566 buah loji olahan kumbahan termasuk paip pembetungan awam bawah tanah sepanjang 18,293 kilometer.

Syarikat itu mengamalkan sistem pembetungan moden dan efisien bagi memastikan kumbahan dirawat sebelum disalurkan ke sungai, parit dan laut.

Mohamed Haniffa berkata beliau akan memastikan tiga objektif IWK iaitu memelihara sumber air, melindungi kesihatan awam serta mewujudkan perseki­taran bersih dan selamat tercapai berlandaskan Transformasi IWK 2020 (TI2020) yang menekankan sistem pengurusan cekap. – BERNAMA

Loading...

Nemanja Matic Dedah Sebab Pilih Manchester United

BotMalay

NEMANJA MATIC mendedahkan sebab dia memilih Manchester United walaupun tidak mempunyai masalah untuk kekal di Chelsea selepas menjulang Piala Liga Perdana Inggeris.

Matic disahkan sebagai pemain ketiga dibeli United pada jendela pemindahan kali ini selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun.

Selepas diperkenalkan sebagai pemain United, Matic mengaku memilih United kerana heronya pernah berkhidmat bersama kelab gergasi berkenaan.

Pemain berusia 28 tahun itu berkata, tindakan ke United adalah kerana ingin meniru Nemanja Vidic yang banyak berjasa di Old Trafford.

Vidic yang merupakan rakan senegara Matic adalah pertahanan ampuh United ketika di bawah bimbingan Alex Ferguson.

“Vidic adalah pemain yang hebat dan dia menjadi hebat di sini (Old Trafford). Ketika saya mula menyertai skuad kebangsaan dia adalah ketua pasukan.

“Saya akan lakukan yang terbaik untuk mengulangi apa yang telah dia lakukan. Saya sedar ia mungkin susah,” katanya kepada MUTV. – mStar Online

Loading...

Suami Dah Ada Pendapatan Yang Cukup Untuk Sara Keluarga, Kenapa Isteri Kena Kerja? Lelaki Ini Jawab Persoalan Tersebut

BotMalay
Pada masa kini, dengan pembangunan yang sedang pesat membangun, dan persaingan antara satu sama lain, termasuk juga dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini membuatkan ramai di antara kita mencari sumber pendapatan tambahan.

Ramai wanita pada masa kini memiliki kerjaya mereka sendiri, dan secara tidak langsung ada pendapatan sendiri.

Begitu juga dengan isteri atau ibu kepada anak-anak yang mana bekerja juga, walaupun pada asasnya suami mampu untuk menanggung kehidupan bersama.

Tetapi, kenapa perlunya wanita untuk bekerja, jika semuanya sudah cukup?

Menerusi perkongsian dari Faizul Ridzuan ini, jawapan yang diberikan akan isu ini, sedikit sebanyak boleh dijadikan iktibar akan mengapa perempuan perlu juga mempunyai kerjaya mereka sendiri.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

FR. Kenapa Isteri Kamu Masih Kena Kerja?
Salam semua, saya sering kali ditanya kenapa isteri saya masih kena kerja walaupun kami boleh menjalani gaya hidup sebagai orang kelas pertengahan, kalau ikutkan gaji saya bersendirian.

Baru-baru ini, kes-artis-pukul-bini-dalam-pantang-sebab-nak-karaoke-dgn-gf, secara tak langsung buatkan ramai marah dan buatkan pemikiran saya mengenai kenapa isteri harus ada kerjaya walaupun selepas berkahwin.

Bagi saya, keputusan ini berdasarkan dari pengalaman peribadi keluarga. Ayah saya, seorang yang berpendirian tradisional, dan tak nak mak bekerja, hanya jaga anak-anak sahaja.

Pada waktu itu, dia bertugas sebagai ‘boilerman’ di salah sebuah hotel KL dan bisnes sampingan kereta terpakai.

Mak saya bekerja dengan kerajaan untuk ROC pada waktu itu, dan inginkan ada pendapatan sendiri. Selepas beberapa tahun berbincang, mak bersetuju dan bersara lebih awal.

Kemudian, pada tahun 97-98 berlaku krisis kewangan Asia. Ayah kehilangan kerja di hotel dan perniagaan kereta terpakai merudum. Kesemua duit simpanan habis dan keluarga kami tiada sumber pendapatan, sebab ayah tiada kerja dan mak bersara awal, 1-2 tahun sebelum itu.

18-24 bulan mendatang adalah saat yang sukar untuk keluarga kami, kerana tiada pendapatan dan terpaksa berjimat. Kebanyakan masa, kami makan nasi dan telur sahaja.

Jadi, bila dah berhadapan dengan situasi itu, bila mana mula bercinta, saya katakan kepada bekas kekasih yang saya inginkan dia bekerja dan tidak menjadi surirumah sepenuh masa, walaupun kami mampu.

Jika ada apa-apa berlaku, keluarga saya tidak akan terputus sumber pendapatan. Dan hari ini, isteri saya masih bekerja dan jika ada apa-apa terjadi kepada saya, dua orang puteri saya tidak akan mengalami nasib yang sama dengan saya dahulu.

Adakah ini yang terbaik untuk keluarga? Saya tak tahu. Tapi ini apa yang saya tahu:

1. Ada perkahwinan yang tak bertahan lama. Pasangan yang dahulunya terpaksa korbankan kerjaya, perlu mencari kerja semula, dan kerana dah lama tak bekerja, perlu bermula dari bawah semula.

2. Pencari nafkah yang utama, boleh kehilangan kerja

3. Pencari nafkah keluarga boleh terlibat dalam kemalangan, meninggal, atau menjadi cacat.

4. Perniagaan mungkin berkembang maju 1-2 tahun, dan mungkin tidak menguntungkan sepenuhnya untuk tahun mendatang. Jika tiada simpanan yang mencukupi, seluruh keluarga akan menderita.

5. Paling teruk, pasangan akan mula mencari yang lain dan tidak mengendahkan pasangannya.

Ya, isteri saya bekerja. Dia ada kerjayanya yang sendiri. Buat yang terbaik setiap hari, kerana tiada yang pasti alam dunia ini. Dia bekerja supaya nanti anak-anak ada masa depan yang terjamin. Bagi saya, itu juga salah satu tanda kasih sayang, walaupun masa yang diluangkan bersama berkurang.

Jika suami meminta anda untuk bekerja, tidak bermaksud dia mahukan duit anda. Ia mungkin dia risau akan apa yang akan berlaku kepada keluarga nanti, jika sesuatu berlaku kepadanya.

Dan jika isteri mahu bekerja, tidak bermaksud dia tidak mahu menjadi isteri dan ibu yang baik. Dia cuma mahu pastikan dirinya baik, jika apa-apa terjadi apad suami.

Cinta/kasih sayang juga berkait dengan tanggungjawab, bukan?

- Siakap Keli

BACA: 'Bila Suami Dapat Gaji, Benda Paling Best Adalah Pergi Supermarket Beli Barang Dapur... ' - 'Isi Hati' Suri Rumah Sepenuh Masa Perlu Setiap Suami Tahu

Bengang dengan 'traffic jam', lelaki ini berenang ke tempat kerja

BotMalay
TIDAK tahan dengan kesesakan lalu lintas, seorang lelaki mengambil keputusan untuk berenang ke tempat kerjanya.

Lelaki yang dikenali sebagai Benjamin David, 40, itu berasal dari Munich, Jerman dan sanggup berenang sejauh dua kilometer untuk mengelak kesesakan lalu lintas.

David mengambil masa 30 minit berenang merentasi Isar River untuk ke pejabatnya yang terletak di Kulturstrand.

David memasukkan kelengkapan pejabat serta pakaiannya ke dalam beg kalis air sebelum berenang merentasi Isar River.

Sebelum ini, David pernah mencari alternatif lain dengan berbasikal untuk ke pejabat tetapi cara itu tidak bertahan lama dan David mula mencuba untuk berenang ke tempat kerja.

Menerusi cara tersebut, David jimat banyak masa kerana jika memandu pada waktu puncak di Munich, pemandu mungkin boleh tersekat dalam kesesakan lalu lintas selama lebih satu jam.

Sumber: Time.com, BBC

Reka cipta pemberi makan kucing solar, pelajar raih emas di Korea

BotMalay
KANGAR: Hasil ciptaan alat pemberi makanan kucing menggunakan tenaga solar oleh pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Putra di sini berjaya meraih pingat emas pada Pertandingan Kreativiti Rekacipta Dunia (WICC) di Korea Selatan yang berakhir pada Ahad.

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata inovasi ciptaan Muhammad Danish Syafi Mohd Azdikirana, 12, yang mewakili sekolahnya itu menarik perhatian para juri yang mampu menyelesaikan masalah pencinta kucing semasa tiada di rumah.

"Pemberi makanan kucing suria itu merupakan percambahan idea bersama bapanya dalam mereka cipta sebuah kotak makanan yang disambungkan kepada litar kawalan elektrik, alat pengimbas dan panel suria sebagai bekalan tenaga.

Beliau bersama adiknya memikirkan kaedah terbaik itu untuk memastikan lapan ekor kucing peliharaannya tidak terabai sekiranya mereka terpaksa meninggalkan haiwan peliharaannya itu untuk bercuti dan sebagainya," menurut kenyataan itu.

Produk itu turut dihasilkan dengan bantuan seorang lagi rakannya Amirul Haziq Mohd Shamsudin yang mana ia akan berfungsi apabila kucing mendekati alat pengimbas serta mengeluarkan makan secara automatik dalam jumlah ditetapkan.

Para pereka cilik itu turut berharap produk berkenaan mampu mendapat penajaan dana dari pihak yang berminat agar ia dapat dikomersialkan di pasaran.

Muhammad Danish Syafi terpilih menyertai WICC menerusi penajaan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) selepas muncul pemenang Kategori Utama dalam Simposium Inovasi dan Pembelajaran Kajian Kejuruteraan (PERLIS 3.0), Mei lepas.

Selain SK Putra, dua lagi pingat emas turut diperoleh delegasi penyelidik Perlis, pelajar dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah (Al-Maad).

WICC kali keenam yang dianjurkan oleh Korea University Invention Association (KUIA) itu merupakan platform penyelidikan khusus yang menghimpunkan inovasi para pelajar daripada sekolah-sekolah di seluruh dunia.

-- BERNAMA

Tak Pernah Sembunyikan Apa-Apa: Ronaldo

BotMalay

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengambil pendekatan untuk tidak bercakap dengan pemberita selepas memberi keterangan di mahkamah pada Isnin terhadap dakwaan mengelak cukai bernilai 14.7 juta euro.

Ronaldo, 32, berada di mahkamah Pozuelo de Alarcon selama 90 minit.

Bekas pemain Manchester United itu bertindak sedemikian sebagai tanda protes untuk menunjukkan dia tidak bersalah.

Namun dia mengeluarkan satu kenyataan menerusi agensinya, Gestifute.

“Pihak berkuasa cukai Sepanyol tahu pendapatan saya secara terperinci kerana kami telah memberikan kepada mereka. Saya tidak pernah menyembunyikan apa-apa dalam pengisytiharan saya atau ada niat untuk mengelak cukai.

“Saya sentiasa melakukan pengisytiharan secara sukarela kerana saya fikir kami perlu mengisytiharkan dan membayar cukai mengikut pendapatan kami. Mereka yang mengenali saya tahu apa saya minta penasihat saya lakukan.

“Mereka mengambil sedikit masa untuk menyelesaikannya dan membayar dengan betul kerana saya tidak mahu mencetuskan masalah,” kata Ronaldo.

Ronaldo menjelaskan dia tidak mewujudkan struktur khas untuk menguruskan hak imejnya selepas menyertai Real Madrid dari Manchester United pada 2010.

Mahkamah Sepanyol giat memburu pemain bola sepak yang dipercayai cuba mengelak cukai.

Malah pemain Barcelona, Lionel Messi turut dikenakan hukuman penjara 21 bulan atas pertuduhan sama tetapi di bawah undang-undang Sepanyol penalti itu boleh ditukar kepada bayaran denda. – mStar Online

Loading...

Mata Rabun Tapi Tak Mahu Pakai Cermin Mata? Tanaman Ajaib Ini Akan Pulihkan Mata Anda Ke Normal Kembali!

BotMalay

Setiap tahun, lebih dari 30% penduduk Malaysia mengalami mata rabun atau myopia. Adakah anda salah seorang dari statistik ini? Jika ya, pasti awalnya kamu berfikiran untuk menggunakan kacamata sebagai bantuan penglihatan. Jika kita berjumpa doktor pakar mata, kebanyakan doktor pasti menyarankan menggunakan kacamata.

Sebelum anda mengeluarkan dana untuk membuat cermin mata atau berjumpa doktor pakar mata, anda boleh mencuba cara baru menggunakan tumbuhan yang dapat meningkatkan ketajaman penglihatan mata anda secara natural. Tapi, sebelum itu anda perlu membuat ujian mata bagi memastikan tahap kesihatan mata anda.

Tanaman yang kami maksudkan ialah pokok lidah buaya. Lidah buaya mengandungi vitamin A, C, mineral, protein, dan lain-lain yang bagus untuk kesihatan mata bahkan untuk mata orang tua yang umurnya sudah lebih dari 70 tahun. Lidah buaya juga banyak digunakan untuk perawatan rambut dan juga kecantikan kulit.

Perlu diingat juga, memakai kacamata hanya membantu penglihatan kamu saja tanpa mengubati mata kamu yang rabun, jadi mata kamu tetap dalam masalah penglihatan yang sama. Dan masalahnya akan bertambah buruk jika kamu tidak mengetahui punca permasalahan tersebut.

Ini bahan yang diperlukan untuk mengubati mata anda yang rabun:

  • 100 gram jus lidah buaya (lidah buaya harus dicuci bersih dengan air dingin dan dibuang durinya)
  • 500 gram kacang kenari (walnut) yang sudah ditumbuk
  • 300 gram madu
  • 2-3 buah lemon

Cara pembuatannya sebagai berikut:

  1. Cuci dulu semua bahan-bahannya
  2. Buat dulu jus lidah buaya dengan sukatan 100 gram
  3. Campurkan jus lidah buaya, walnut, madu, dan lemon yang sudah ditumbuk tadi ke dalam blender
  4. Blender hingga semuanya tercampur rata

Bagaimana cara pengambilannya? Minum sebanyak 3 kali sehari dengan sukatan 1 sudu makan sebelum makan. Pengambilan secara rutin selama 10 hari sampai penglihatan kamu dirasa sudah agak baik dan jangan lupa simpan ramuan ini di dalam peti ais.

Ramuan ini juga tidak hanya bermanfaat bagi kesihatan mata, tapi juga bermanfaat untuk kesihatan tubuh kamu. Pastikan lidah buaya harus dari lidah buaya yang umurnya tidak lebih dari 3 tahun, kerana akan berbahaya bagi mereka yang mengidap penyakit TBC, kardiovaskular, kehamilan, dan penyakit lain.

Selamat Mencuba

p/s- Cara ini untuk mereka yang baru nak rabun dan masih power rendah

Sumber: Petua Ibu

Audit: Berlaku kelemahan dalam program pendidikan Ulul Albab

BotMalay
KUALA LUMPUR: Terdapat kelemahan dalam Program Pendidikan Ulul Albab (PPUA) bagi pelajar-pelajar di tujuh buah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) di negeri ini menyebabkan matlamat utama dalam melahirkan generasi Ulul Albab yang bercirikan quranik, ensiklopedik dan ijtihadik tidak tercapai.

Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang di Parlimen pada Isnin mendapati tempoh tahun 2010 hingga 2015 mengesan kelemahan pada pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) bagi peperiksaan SPM, sasaran menghafaz sekurang-kurangnya 20 juzuk Al-Quran sehingga tamat Tingkatan 3 tidak tercapai bagi program Quranik dan nisbah pembahagian antara guru dan pelajar yang ditetapkan bagi halaqah khatam hafazan tidak dipatuhi.

Laporan itu mendapati punca pencapaian GPS SPM tidak menepati sasaran adalah disebabkan penetapan GPS yang tinggi iaitu 1.2, kekurangan guru pakar, guru tidak didedahkan sebagai pemeriksa kertas peperiksaan SPM (sehingga tahun 2014) dan kurang penyelarasan program akademik secara berpusat antara tahun 2011 hingga 2013.

Pencapaian sasaran semua pelajar boleh menghafaz sekurang-kurangnya 20 juzuk Al-Quran semasa Tingkatan 3 adalah juga kurang memuaskan kerana hanya 46.1% pelajar berjaya menghafaz sekurang kurangnya 20 juzuk Al-Quran sehingga tahun 2015.

Laporan itu juga mendapati kadar nisbah halaqah pelajar yang khatam hafazan adalah kurang memuaskan kerana tidak mematuhi kadar nisbah 1:5 (guru dan pelajar) yang ditetapkan dalam garis panduan.

Sehubungan itu laporan itu mengsyorkan mengkali semula Pelan Perancangan Strategik SMIYT dan menilai pencapaiannya secara berkala setiap tahun dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk perbincangan bersama pihak terlibat agar sasaran lebih realistik dan mampu dicapai dengan mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar dan guru.

Laporan itu turut mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar pengurusan PPUA diletakkan secara langsung di bawah satu jawatankuasa khas di peringkat Kerajaan Negeri agar segala keperluan dan permasalahan yang dihadapi terutamanya kekurangan guru hafazan dan guru pakar dapat ditangani dengan segera bagi memastikan kesinambungan dan kecemerlangan program ini.

Ia turut mengesyorkan agar mendapatkan khidmat bekas pelajar SMIYT melalui Alumni SMIYT bagi menangani masalah kekurangan guru hafazan berkelayakan.

Selain itu melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan melibatkan aspek penetapan sasaran GPS bagi peperiksaan SPM, minimum hafazan 20 juzuk Al-Quran bagi semua pelajar Tingkatan 3 dan pemakaian nisbah 1:5 bagi halaqah khatam hafazan.

Laporan itu turut mengsyor pemantauan terhadap pelaksanaan dan pencapaian PPUA wajar dibuat secara berterusan bagi memastikan hasrat Kerajaan Negeri melahirkan generasi pemimpin negara berketrampilan Ulul Albab yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dapat dicapai dalam tempoh yang dirancang.

-- BERNAMA

'Saya harap si anak berbangga dengan pengorbanan ayahnya'

BotMalay
Semalam pergi ke kedai fotostat, buat salinan surat beranak Aimi dan sijil nikah saya sebab nak buat pertukaran Aimi ke sekolah lain. Kedai buka jam 10 pagi. Sampai di kedai jam 9.50 pagi. Jadi kenalah menunggu dulu di depan kedai. Ada juga yang sedang berdiri menunggu di depan kedai. Barangkali mereka ada urusan yang sama.
Okey, tepat jam 10 pagi. 
"GEDEGANGGG!!!!!" 
Bunyi pintu shutter. Satu lorong boleh dengar. Kedai dah buka. 
Semasa saya keluar, bau busuk menikam dan menusukan ke dalam hidung. 
"Adoii, busuknya..." terdetik dalam hati. 
Oh, patutlah. Lori sampah rupanya. Lori sampah itu berhenti betul-betul di depan kedai yang sama. Kelihat seorang kelindan lori sampah turun tergopoh-gapah sambil membawa satu beg kecil berlari-lari anak menuju ke kedai yang sama. 
"Cepat!! Nanti ada kereta nak lalu!" jerit pemandu lori. 
"Iye! Iye! Dua helai saja," balas lelaki itu. 
Lelaki itu memang nak cepat, dia keluarkan sebuah buku teks subjek Sains tahun lima sambil mencari-cari muka surat yang hendak dibuat salinan. 
"Kak, saya nak ini satu, ini satu," katanya sambil menunjukkan helaian yang hendak dibuat salinan. 
Saya buat andaian, mesti untuk anak dia. 
Apabila dia selesai, dia cepat-cepat memasukkan buku teks dan salinan yang dilipat kemas ke dalam beg sandang dengan senyuman yang betul-betul ikhlas dari seorang ayah. Serius saya memang terharu pada masa itu. 
Dari raut wajahnya, memang nampak dia puas sebab dapat membantu anaknya. 
"Anak minta tolong sebab nak buat kerja sekolah. Saya tak bagi dia keluar sendiri, bahaya sekarang ni," jelasnya, mungkin dia perasan saya memerhatikannya dari tadi. 
Saya angguk sahaja sambil senyum. Kagum benar saya pada abang ini. 
Dia berlari semula ke lori dan meletakkan beg di depan dan kemudian berdiri lagi di belakang lori sampah. "Okey, jalan!" jerit abang itu kepada pemandu lori. 
Dari kerjayanya sudah tentu bukan dari golongan orang senang bermain dengan bau busuk. Dari raut wajahnya, saya nampak hidupnya susah atau mskin. Tetapi mempunyai hati dan jiwa yang kuat untuk memastikan anaknya berjaya dan keselamatannya terjaga. Biar hidup miskin tetapi ada punca pelajaran. 
Tengah bekerja, sanggup terkejar-kejar untuk membantu anaknya membuat salinan untuk buat kerja sekolah. Saya dapat bayangkan bagaimana anaknya meminta tolong dari ayahnya dan tanpa mengeluh si ayah mencuri sedikit masa bekerja untuk membantu anaknya. 
Perkara ini betul-betul membuatkan saya sedar., yang selesa ini, yang ada masa ini dan yang ada kereta ini sering beri pelbagai alasan sibuk dan tiada masa bila anak meminta bantuan. Nak tengok kerja sekolah anak pun jarang-jarang. 
Saya berharap agar anak abang itu berbangga mempunyai seorang ayah walaupun hanya bekerja sebagai seorang kelindan lori sampah. 
Pengajaran untuk saya. 

Donald Trump Pecat Scaramucci

BotMalay

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump memecat Pengarah Komunikasi Rumah Putih, Anthony Scaramucci selepas 10 hari memegang jawatan itu.

Bekas pembiaya Wall Street itu dikecam selepas mengeluarkan kenyataan berbaur lucah kepada Ketua Turus Staf pada ketika itu, Reince Priebus.

Priebus dan jurucakap Sean Spicer meletak jawatan masing-masing selepas terbongkarnya wujud perbalahan dalaman.

Keputusan itu dibuat pada hari pertama Ketua Turus Staf baharu, John Kelly, memulakan tugasnya dan bertekad melaksanakan arahan serta disiplin ke atas kakitangan Rumah Putih yang berpuak-puak dan suka mengumpat.

Trump turut dilaporkan kecewa dengan prestasi Scaramucci.

Jurucakap Trump, Sarah Sanders berkata presiden merasakan komen Scaramucci kepada pemberita adalah tidak sesuai dikeluarkan dengan jawatan yang dipegangnya. – mStar Online

Loading...

Daesh Akui Laksana Serangan Di Kabul

BotMalay

KABUL – Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di luar kedutaan Iraq di Kabul, semalam, sebelum sekumpulan militan menyerbu pekarangan itu, kata pihak berkuasa Afghanistan.

Semua penyerang berkenaan terbunuh dan pekarangan kedutaan kembali terkawal kira-kira empat jam selepas serangan bermula, menurut kenyataan kementerian dalam negeri Afghanistan.

Menurutnya, semua kakitangan kedutaan selamat dan hanya seorang anggota polis cedera ringan.

Ia juga menyatakan sekurang-kurangnya empat militan menyerang kedutaan berkenaan bermula dengan penyerang berani mati yang meletupkan diri di pintu masuk ke pekarangan terbabit.

“Tindak balas pantas polis membolehkan kakitangan serta diplomat Iraq dipindahkan ke tempat selamat.

“Tiada kakitangan kedutaan cedera dan cuma seorang polis cedera ringan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu di Baghdad, kementerian luar Iraq berkata, kuasa usahanya antara yang dipindahkan dan ia kini memantau keadaan bersama pihak berkuasa Afghanistan.

Agensi propaganda Daish, Amaq mengeluarkan kenyataan semalam mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Menurutnya, dua anggotanya menyerang bangunan kedutaan Iraq di Kabul.

Bangunan berkenaan terletak di kejiranan yang turut menjadi tempat beberapa hotel, bank dan pasar raya besar. – AFP/myMetro Online

Loading...

Tak Mengaku Paksa Lelaki Masuk Keranda

BotMalay

JOHANNESBURG – Dua petani kulit putih Afrika Selatan semalam mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan selepas satu video yang tular di Internet menunjukkan mereka menolak seorang lelaki kulit hitam ke dalam keranda dan mengancam membakarnya hidup-hidup.

Willem Oosthuizen dan Theo Jackson, masing-masing berusia 28 tahun dibicarakan atas tuduhan menculik, menyerang dan cubaan membunuh berhubung kejadian tahun lalu itu di sebuah ladang berhampiran Middleburg di Mpumalanga, wilayah di timur Afrika Selatan.

Mereka ditahan selepas video itu yang dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang daripada mereka tersebar di Internet.

Rakaman selama 20 saat itu menunjukkan seorang lelaki menolak Vivtor Mlotshwa, 27, ke dalam keranda dan cuba menutupnya secara paksa.

Selain mengancam membakar lelaki itu, kedua-dua tertuduh juga mengancam meletakkan ular di dalam keranda itu.

Kedua-dua tertuduh memberitahu mahkamah, mereka menangkap Mlotshwa bersama barangan yang dicurinya dan hanya mahu menakut-nakutkannya apabila memaksa lelaki itu memasuki keranda.

Mlotshwa sebelum ini berkata, dia dalam perjalanan ke bandar Middleburh apabila kedua-dua lelaki kulit putih itu menangkap dan mengikatnya dengan kabel elektrik sebelum memukulnya dan memaksanya masuk ke dalam keranda. – AFP/myMetro Online

Loading...

Kurung Anak Dalam Almari Kerana Mahu Mandi Kolam

BotMalay

INI namanya tiada otak. Kerana hendak bersenang lenang tanpa gangguan, sepasang suami isteri telah mengurung anak mereka di dalam almari awam ketika mereka sedang mandi di kolam renang.

Menurut laman web Kan Kan News, perkara itu disedari oleh seorang pekerja di kolam renang awam itu selepas dia membantu pasangan berkenaan membuka pintu almari.

Sebaik pintu dibuka, alangkah terkejutnya dia melihat seorang kanak-kanak berada di dalamnya.

Bagaimanapun tidak diketahui berapa lama kanak-kanak tersebut dikurung di dalam awam terbabit.

Ketika dikeluarkan, kanak-kanak tersebut menangis namun tiada tanda-tanda menunjukkan dia mengalami sesak nafas atau lemas.

Selepas video berkenaan dimuatnaik di media sosial, orang ramai mengecam pasangan itu yang disifatkan sebagai pentingkan diri dan tidak bertanggungjawab.

Ada juga bimbang kanak-kanak terbabit akan mengalami ketakutan dan fobia pada masa depan dek tingkah laku gila ibu dan bapanya. – MYNEWSHUB.CC

SEKADAR VIDEO HIASAN:

Loading...