Rabu, 02 Agustus 2017

Video: PRU14 Oktober ini adalah info palsu, ini penjelasan SPR

BotMalay
Video: PRU14 Oktober ini adalah info palsu, ini penjelasan SPR

Video: PRU14 Oktober ini adalah info palsu, ini penjelasan SPR

Putrajaya – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini menafikan dakwaan kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 akan diadakan pada Oktober ini.

SPR dalam satu kenyataan berkata video yang tular di media sosial dan memaparkan kenyataan bahawa PRU14 akan berlangsung pada Oktober ini hanyalah latihan simulasi kakitangan SPR.

SPR telah mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak semalam.

Faktanya, video yang tular itu adalah latihan simulasi oleh kakitangan SPR,” kata kenyataan tersebut.

Sebelum ini, video simulasi itu viral sehingga menimbulkan salah faham bahawa PRU14 akan berlangsung pada 11 Oktober dan 13 Oktober ini.

SPR juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan reputasi suruhanjaya tersebut.

Dalam pada itu, Pengurusan Tertinggi SPR akan menimbang untuk membuat laporan polis terhadap pihak yang menyebar fitnah dalam media sosial agar tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Utusan Online

Via: SK

Loading...

11 Pesanan Profesor Muhaya Kepada Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak. Wajib Baca Ni!

BotMalay

Anak-anak ibarat kain putih yang suci dan bersih tanpa sebarang kotoran. Justeru, ibu bapalah yang berperanan dalam mencorakkannya. Mereka juga merupakan anugerah dan amanah Allah SWT yang tidak ternilai kepada setiap pasangan yang bergelar ibu bapa.

Dalam hal mendidik anak-anak misalnya, ibu bapa harus memainkan peranan penting. Mereka tidak boleh melakukannya sendiri sebaliknya memerlukan panduan terutama daripada orang tua. Berikut beberapa pesanan daripada pakar motivasi terkenal Profesor Dr. Muhaya dalam mendidik anak-anak, ini boleh dijadikan panduan bersama.

1. Kirimkan bacaan Al Fatihah

Jika tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan” mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat.

Habiskan bacaan surah Al Fatihah, doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Doa & pandang wajah anak

Pandang wajah anak semasa dia tidur dan ucapkan bahawa, “ibu hendak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan sewaktu anak tidur kerana waktu ini kita sedang bercakap dengan rohnya. Setiap ucapan ini adalah doa dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3.Solat hajat di sisi anak

Ketika bangun solat malam, solatlah hajat di sisi anak. Solat dalam bilik anak, dekat dengannya. Jika kita selalu melakukannya dan selalu memberitahu anak yang kita sering mendoakannya, dia akan merasai satu ikatan kasih sayang hakiki yang kita amat sayangkan dirinya serta mahu dia menjadi anak soleh.

4. Minta dikasihani

Ucapkan setiap masa bahawa kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak menjadi anak yang soleh bermakna dia tak sayangkan  ibu bapanya dan tentunya kita akan merana di alam barzah nanti.

5. Peluk dan cium anak selalu

Selalu peluk anak walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita menatangnya semasa kecil. Peluk dan cium sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak

Maafkan anak  setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati. Muhasabbah diri, mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.

7. Jaga tutur kata & minta Maaf

Jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ini berlaku kerana tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk minta maaf pada anak. Mengakulah itu kelemahan kita tapi kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.

8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim

Supaya kita, anak dan zuriat termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9.Tekankan kemuliaan peribadi

Selalu ingatkan anak bahawa tidak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta menghafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak memandang wajah yang cantik tapi memandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia pun tak suka.

10. Berdoa ketika membasuh beras

Sewaktu membasuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya.” Kenapa anak perlu faham agama? Kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibu bapanya juga ke neraka.

Basuh beras lawan jam ( seperti bertawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W.  Sewaktu melakukannya kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah selalu.

11. Ucap kata-kata positif

Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi kata-kata positif kepada anak. Apabila memarahi anak-anak, jangan sesekali mengeluarkan kata-kata negatif. Tindakan ini membuatkan anak jadi seperti yang kita ucapkan.

sumber: keluarga.my

TPM mangsa keganasan politik kebencian melampau - Syed Ali

BotMalay
KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung nama 'kutty' yang mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan bermaksud satu penghinaan terhadap bekas Perdana Menteri.

Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan, kenyataan Zahid membawa maksud bahawa parti itu menerima sesiapa sahaja asalkan bumiputera Melayu, walaupun berbeza susur galur keturunan.

Malah, katanya, kenyataan tersebut juga memberi gambaran jelas bahawa pemimpin UMNO walaupun bukan berdarah Melayu, berpeluang memegang jawatan penting dalam parti termasuk jawatan Perdana Menteri sepertimana pernah disandang Dr Mahathir sendiri.

"Malangnya kenyataan Zahid telah disalah erti oleh pihak berkepentingan dan ditularkan di media sosial seolah-olah beliau menghina Dr Mahathir kerana berketurunan India (Keralla) dengan panggilan 'kutty'.

"Jika diamati dan difahami maksud yang tersirat di sebalik kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu ternyata tidak membawa sebarang maksud dan pengertian negatif atau berupa penghinaan terhadap Dr Mahathir.

"Dalam hal ini, masyarakat sewajarnya melihat secara positif dan tidak mudah terbawa-bawa dengan sentimen politik kebencian yang disemarakkan oleh parti pembangkang," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

BACA: Pemimpin UMNO jangan emosi tangani provokasi pembangkang - Syed Ali

BACA: UMNO tidak main politik menakut-nakutkan rakyat - Najib

Tegas Syed Ali, Zahid tidak menghina Dr Mahathir kerana hanya menyebut keturunan kutty daripada Keralla.

Tambah beliau, kenyataan Zahid secara terbuka di depan khalayak UMNO itu tidak menjuruskan kepada penghinaan atau mempertikaikan kewibawaan Dr Mahathir walaupun berketurunan India selaku bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

"Lagipun, pemimpin dan ahli-ahli UMNO diwakili oleh pelbagai kelompok masyarakat dan latar belakang keturunan berbeza tetapi matlamat perjuangan adalah untuk kepentingan agama Islam, orang Melayu dan negara.

"Saya sendiri berketurunan Arab, nenek moyang saya darah Arab, tetapi saya lahir di sini dan saya bersama UMNO, saya berjuang untuk membela rakyat terutama orang Melayu," tegasnya.

Justeru, kata beliau, tidak timbul asal usul keturunan dalam UMNO dan ia bukan satu isu yang perlu dipersoalkan, malah apa yang disuarakan Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, tidak membawa sebarang maksud jahat.

"Oleh sebab itu, saya tidak nampak di mana kesalahan Zahid apabila menyebut kutty yang mengaitkannya dengan Dr Mahathir," ujarnya.

Kata Syed Ali lagi, pembangkang sengaja memutarbelitkan kenyataan Zahid bagi membangkitkan kemarahan Dr Mahathir.

"Pembangkang seronok apabila Dr Mahathir mula bertindak balas dan menyerang Zahid serta UMNO, dan inilah yang telah berlaku bila sesama pemimpin Melayu bertelagah," tegasnya.

Beliau menyifatkan Zahid yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO sebagai menjadi mangsa keganasan politik kebencian melampau yang dilakukan pembangkang dan pihak berkepentingan.

Sultan Johor sumbang RM4 juta kepada FAM

BotMalay

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan untuk menyumbang sejumlah RM4 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sultan Johor sumbang RM4 juta kepada FAM

Sultan Johor sumbang RM4 juta kepada FAM

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan hari ini, sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada pemberian bonus kepada pasukan kebangsaan Bawah 22 (B-22) yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) 2018 di China.

“Kurniaan ini juga dapat membantu FAM dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan itu.

Skuad B-22 negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee beraksi cemerlang di pusingan kelayakan yang berlangsung di Bangkok, Thailand Julai lepas apabila muncul juara Kumpulan H dengan mengutip enam mata. – Bernama

Sumber: Sinar

Loading...

Nama saya Manja, ibu saya Molek dan adik Onn

BotMalay

Sejak kecil sudah terbiasa dengan nama-nama unik menyebabkan Manja Pa, 54, tidak pernah bertanyakan kepada ibu bapanya kenapa memilih nama itu untuk diberikan kepada seorang anak lelaki.

Nama saya Manja, ibu saya Molek dan adik Onn

Nama saya Manja, ibu saya Molek dan adik Onn

Pesara tentera berusia 54 tahun itu bagaimanapun mengakui serasi dengan nama diberikan kerana sejak kecil Manja lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Itam’ oleh ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan.

“Apabila menginjak remaja atau sejak kanak-kanak lagi, tak pernah pula rasa malu atau marah sebab memang tidak ada rasa apa-apa pun, tambahan pula ahli keluarga lain pun ramai yang namanya unik,” katanya, ketika ditemui, di rumahnya di Amanjaya.

Menurut anak kelahiran Langkawi ini, ayahnya yang juga pesara tentera bernama Pa Nayan berketurunan Jawa manakala ibunya, Molek Saad berketurunan Siam.

“Nenek saya, iaitu mak kepada ayah pula bernama Mone, jadi kami 15 beradik tidak pernah rasa pelik dengan nama yang di luar kebiasaan. Abang saya namanya Kelana dan berkahwin dengan isterinya yang bernama Dara. Kakak sulung juga mempunyai nama yang ringkas iaitu Laila,” katanya.

Manja berkata, nama lain yang dianggap unik adalah adiknya, iaitu Che Senu dan Oon, dan selepas itu kesemua adik-adik diberikan nama biasa.

“Walaupun keluarga saya ramai yang namanya unik, bagi anak-anak saya pula semuanya nama biasa saja, yang sulung Mohd Syazwan (32), Mohd Syazmil (29), Noor Syazmira (27) dan Mohd Syazril (24),” kata suami kepada Ros Rohana Mohamad ini.

Manja berkata, tidak ramai yang mengetahui nama asalnya kerana asyik dipanggil dengan gelaran Pak Itam.

“Sejak kecil saya suka teman mak pergi menoreh, kadang-kadang saya ditinggalkan dengan pengasuh di estet India dan banyak bergaul dengan rakan-rakan kaum itu.  Arwah mak yang mula bagi gelaran tu sebab saya saja anak Melayu yang bermain dengan mereka, panggilan tu kekal sampai sekarang,” katanya.

Menurutnya, ketika zaman sekolah pun, dia dipanggil Pak Itam dan hanya guru yang memanggil nama penuhnya.

“Mungkin kami tinggal di kampung, nama macam tu biasa saja, tak ada kawan-kawan perli atau buat lawak dengan nama saya tu, cuma ketika mula mengenali isteri, saya agak bimbang jika ditolak sebab nama saya mungkin buatkan dia malu,” katanya.

Manja berkata, dia masih ingat gelagat isterinya yang pada mulanya tidak percaya dan ingatkan itu sekadar gurauan.

“Isteri periksa nama saya dengan kawan baik saya untuk sahihkan, dan selepas itu dia terima macam biasa. Dia panggil saya abang saja,” katanya.

Menceritakan antara kenangan manis bersama rakan ketika menganggotai pasukan payung terjun, katanya, ada juga rakan yang mengusik namun dia tidak pernah mengambil hati kerana tahu niat rakannya yang hanya mahu bergurau.

“Ketika kami adakan latihan kawad atau buat persediaan terjun dari pesawat, adalah rakan yang usik, ‘nama kau ni saja Manja, tapi muka tak manja pula, watak pun tak manja’, … “ itu antara usikan yang biasa saya dapat,” katanya, yang pernah membuat persembahan payung terjun pada pertunjukan sulung Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima).

Selepas bersara awal, pelbagai pekerjaan dilakukan Manja dan terkini, menyertai perniagaan multi level produk kesihatan dan kecantikan, Firmax3 bersama anaknya, Mohd Syazmil.

“Nasihat saya kepada pemilik nama unik, tak usah malu sebab itulah keunikan kita. Anggap sahaja ia sekadar nama, kerana ia tidak mempengaruhi perwatakan kita asalkan kita miliki jati diri yang kukuh,” katanya yang berbangga diberi nama Manja. -Sinar Harian

Sumber: Mstar

Loading...

“Masih berselimut, dalam poket ada rokok” – Mufti Perlis tegur asnaf pemalas

BotMalay

Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur sikap segelintir asnaf di negeri ini yang malas dan enggan bekerja untuk mengubah kehidupan mereka.

"Masih berselimut, dalam poket ada rokok" - Mufti Perlis tegur asnaf pemalas

“Masih berselimut, dalam poket ada rokok” – Mufti Perlis tegur asnaf pemalas

Katanya beliau sering menyertai program Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengayuh basikal mencari asnaf di kampung-kampung untuk diberi bantuan dan dengan cara itu dapat melihat sendiri cara hidup mereka.

“Semasa rombongan Raja Muda sampai di rumah mereka, saya dapati ada asnaf masih berkain selimut sedangkan orang lain sudah lama keluar bekerja mencari rezeki,” kata Mohd Asri dalam kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini, malam Selasa.

Mohd Asri berkata dalam kunjungan itu juga kebanyakan asnaf mengadu tiada wang untuk membeli keperluan dapur termasuk beras.

“Yang saya kesal ialah semasa menerima sumbangan daripada Raja Muda, ada antara asnaf mempunyai kotak rokok dalam poket baju.

“Kalau mampu beli sekotak rokok bernilai RM15 atau RM17 tetapi tidak boleh membeli sekampit kecil beras hanya berharga RM13, mereka tidak layak dikategorikan sebagai asnaf,” tambahnya.

Mohd Asri berharap asnaf-asnaf di Perlis segera mengubah sikap dan berusaha keras meningkatkan taraf hidup mereka sekeluarga dengan melakukan apa sahaja pekerjaan yang memberi hasil. -Bernama

Sumber: Mstar

Loading...

77 Petani Terjejas El Nino Di Kota Marudu Terima Bantuan

BotMalay

KOTA MARUDU – Seramai 77 petani yang tanaman mereka kian pulih daripada kesan fenomena El Nino tahun lepas menerima bantuan kewangan daripada kerajaan hari ini.

Bantuan bernilai RM500 setiap seorang itu bertujuan membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan berikutan kemarau berpanjangan pada 2016.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili ketika menyampaikan bantuan itu di sini berkata kerajaan akan terus memberikan bantuan bagi meringankan beban rakyat.

“Selain bantuan khusus untuk para petani, kerajaan juga menyalurkan bantuan kewangan menerusi skim seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, bantuan persekolahan, rakyat yang berkeperluan khas, ibu bapa tunggal, warga tua serta mereka yang terjejas akibat bencana alam,” katanya.

Ongkili yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan kewangan itu di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) cawangan Kota Marudu di sini yang turut dihadiri Pegawai Daerah Kota Marudu Arnold Joibi dan Pengerusi LPP cawangan Kota Marudu Datuk George Sangkin.

Beliau berkata usaha juga dilakukan oleh kerajaan untuk menyediakan insentif di bawah pelbagai skim bagi membantu petani meningkatkan hasil pertanian.

“Hasil yang lebih banyak akan membantu petani meningkatkan taraf hidup mereka. Kita tidak harus malu bekerja di ladang sebagai usahawan moden. Ini sebenarnya satu pekerjaan yang mulia,” katanya.

Pada perkembangan lain, Ongkili memperuntukkan RM10,000 bagi menganjurkan tamu besar atau pasar berasaskan pertanian selama dua hari di sini.

“Menerusi program itu, petani akan dapat memperoleh pendapatan tambahan dengan menjual produk mereka di pasaran terbuka,” katanya. – BERNAMA

Loading...